Content

Showing posts with label ABBY ABADI. Show all posts
Showing posts with label ABBY ABADI. Show all posts

NORMAN & MEMEY BERTUNANG - ABBY TAK MAHU MASUK CAMPUR!

Tuesday, August 31, 2010
PELAKON Arbaeyah Abdul Manan (Abby Abadi), 32, enggan mengulas keputusan bekas suaminya, Mohd Nor Hakim Zaidon (Norman), 34, untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Suhaiza Suhaimi (Memey), 22, pada Hari Raya keempat nanti.

Malah dia enggan masuk campur urusan pasangan tersebut kerana menganggap ia tidak ada kena-mengena dengannya lagi.

Abby dan Norman bercerai pada 18 Disember 2008."Saya tidak berminat nak tahu dan komen mengenai pertunangan mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Selasa lalu media melaporkan Norman dan Memey membuat keputusan untuk bertunang pada Hari Raya keempat di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Keputusan itu dipersetujui apabila Norman berkunjung ke kampung Memey dan selepas keluarga mula berbincang untuk mengadakan majlis pertunangan tersebut.Majlis kenduri dan persandingan pula dijangka dilangsungkan pada awal tahun depan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada Abby akan mengikut langkah pasangan tersebut untuk bertunang dengan pelakon baru Gerak Khas, Zulkifle Ariffin, Abby berkata, dia tidak pernah memikirkan perkara tersebut.

"Tidak ada dan tidak pernah terfikir ke arah itu," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Gerak Khas dan telefilem berjudul Sabar.

-mSTAR
Read more »

PAPPARAZZI TEMPATAN BERAKSI! ABBY DAN ZUL ARIFFIN

Saturday, July 17, 2010
Bukan setakat di Hollywood sahaja ada paparazi ni, kat Malaysia pun ada juga. Memang berani sungguh kerja paparazi ni, sanggup meredah apa jua untuk mengambil gambar artis dalam artis berkenaan sedari.

Itulah yang berlaku kepada pasangan 'kawan' Abby Abadi dan Zul Ariffin ketika mereka membuat aktiviti riadah pada waktu pagi (mungkin hari Ahad). Tapi Abby sepertinya tak bersenam, mungkin cuma menemankan Zul sahaja kot. Zul pun tangkap lentoklah dengan berpakaian seksi dedah aurat depan Abby. Fuh~


Read more »

ABBY ABADI DENGAN SAPA TU?

Friday, July 2, 2010
Ha ni lagi satu pasangan artis yang bukan main lagi. Kami rasa macam ada sesuatu je. Ye la yang sorang tu dapat perempuan muda, yang ni dapat lelaki muda. Tak ke sesuatu tu? Harap-harap ok lah mamat ni, jangan nanti mamat ni pun nak cari muda belia jugak sudah :)

Abby Abadi dan Zul di Gym 1

Abby Abadi dan Zul di Gym 2

Abby Abadi dan Zul di Gym 3


Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive