
Malah, Arja juga mengakui yang dia serik untuk berlakon dalam babak bogel lagi.
"Saya ambil isu ini sebagai teladan untuk lebih berhati-hati dalam setiap drama atau filem yang akan saya lakonkan supaya isu bogel ini tidak akan timbul lagi kerana ketika mendapat skrip filem ini pun saya tidak terfikir untuk melakukan sebarang scene bogel.

Menjelaskan lebih lanjut tentang isu tesebut, Arja berkata, filem '...Dalam Botol' itu tidak akan memaparkan sebarang scene atau gambarnya berbogel.
"Sebaliknya, apa yang dipaparkan nanti adalah scene saya memakai tight yang mengikut warna kulit. dam bukannya scene yang sepenuhnya saya berbogel. Scene yang diambil selama 2 hingga 3 saat itu juga tidak menampakkan warna kulit saya, malah tubuh saya hanya nampak seperti samar-samar bayangan dan gelap sahaja.
"Selain itu, apa yang saya nak nyatakan di sini, ketika scene itu diambil hanya ada tiga orang lelaki sahaja yang berada di situ iaitu camera man, make up artist dan pemegang lighting ", tegasnya.
Namun Arja Lee bersyukur kerana isu itu sudah semakin redha, namun dia mengakui disebabkan isu tersebut, dia hampir-hampir dibuang daripada universiti.
"Saya percaya perkara ini hanya datang dan pergi. Saya pun sudah belajar dari kesilapan. Alhamdulilah, setelah berjumpa dengan pihak atasan serta dekan saya di USM, mereka dapat menerima saya sebagai pelajar lagi asalkan saya tidak mengulanginya lagi", kata Arja yang kini sedang mengikuti pengajian tahun kedua di USM dalam jurusan Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan.
Selain sibuk menghadiri kelas dan menyiapkan tugasan pensyarah, dia juga giat menjalankan kegiatan seninya di USM selepas agak susah untuk melibatkan diri serta menerima tawaran berlakon drama dan filem.
"Saya kini sangat sibuk menjalani tugas sebagai seorang pelajar kampus. Saya juga banyak terlibat dengan teater dan menyanyi di dinner show dalam USM dan juga luar kampus.
"Saya hanya terlibat dengan filem '...Dalam Botol' sahaja selepas ini. Bukan tak mahu menerima apa-apa drama TV atau filem tapi saya mahu menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran saya.
"Kalau saya ada di sekitar area Lembanh Klang, mungkin juga saya boleh 'menyelit' ,tapi sebab jarak saya yang jauh di Penang ini , menyebabkan saya tak dapat berbuat demikian. Bagaimanapun saya percaya rezeki ada di mana-mana dan saya harap saya akan lebih berjaya dalam bidang seni selepas tamat belajar nanti", katanya.
MURAI