Content

Showing posts with label DAVID TEOH. Show all posts
Showing posts with label DAVID TEOH. Show all posts

PIERRE ANDRE AKHIRNYA MELUTUT DI KAKI DAVID TEOH....

Monday, August 16, 2010
PETALING JAYA: Perbalahan di antara penerbit filem David Teo Chew Huat dengan pelakon dan pengarah filem Pierre Andre akhirnya kembali jernih sejak tiga bulan lepas.

Menurut David, ini ekoran kesediaan Pierre datang berjumpa sambil memohon maaf daripadanya.

"Dia beritahu dia terikut kata-kata orang sehingga menjadi 'anak derhaka' kepada saya sebelum ini. Saya telah memaafkan dia," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.Sehubungan itu, David yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International Group (MIG) berkata, dia telah menerima Pierre untuk berkhidmat dengan MIG.

Jelas David, ini bermakna Pierre telah diberi peluang untuk menyambung kontrak bagi melaksanakan tugas sebagai pengarah dengan syarikat produksi itu.
David Teo Chew Huat

"Pierre akan berpeluang untuk mengarahkan filem-filem MIG pada masa depan yang telah dirancang," katanya.Sebelum ini hubungan David dengan Pierre tegang apabila pelakon muda itu meninggalkan lokasi filem arahannya iaitu Jangan Tegur sehingga ia terpaksa digantikan dengan pengarah lain.

Sehubungan itu David meminta Pierre bertaubat selain menganggapnya seperti budak-budak serta “anak derhaka”.

Bagaimanapun beberapa bulan lalu Pierre mengatakan kesediaannya untuk meleraikan masalahnya dengan David dan kembali menjernihkan keadaan.
Read more »

DAVID SALAH FAHAM - AHMAD PUAD ONAH

Sunday, July 25, 2010
Pergolakan yang berlaku dalam Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) nampaknya akan berpanjangan kerana sehingga kini tidak ada sebarang penyelesaian yang dapat dicapai. Ini kerana sehingga hari ini, pihak kementerian masih belum campur tangan dalam kemelut yang melanda.

Melihat situasi sekarang ini, seakan-akan berlaku perang tiga penjuru di antara Ahmad Idham, David Teo dan PFM. David Teo adalah yang paling lantang memberi kenyataan kerana tidak bersetuju dengan tindakan PFM yang tidak menyokong perlantikannya dan Idham dalam Lembaga Pengarah Finas.Terbaru, David telah menempelak kepimpinan PFM dengan mengatakan mereka bertindak kurang ajar kerana membelakangkan ahli dalam membuat sebarang keputusan. Malah, David juga melahirkan rasa kecewanya terhadap Ahmad Puad Onah dan ahli jawatankuasa (AJK) PFM yang lain kerana cuba ‘main kotor’ untuk menyingkirkannya.

Sehubungan itu, David ingin mengadakan mesyuarat agung tergempar kerana dia mahu melakukan undi tidak percaya bagi menyingkirkan Ahmad Puad. Mengulas tentang kenyataan yang dibuat oleh David itu, Ahmad Puad yang ditemui semalam berkata dia tidak ada masalah jika David mahu mengadakan mesyuarat agung tergempar itu.

“Kalau dia mendapat sokongan 1/3 daripada ahli-ahli berdaftar PFM, dia memang boleh mengadakan mesyuarat itu. Saya tidak ada masalah. Sidang media yang kami adakan tempoh hari bukan untuk menjatuhkan dia atau Ahmad Idham tetapi ia bertujuan untuk mendapatkan penjelasan daripada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato` Seri Utama Dr. Rais Yatim selepas memorandum yang dihantar pada April lalu tidak mendapat sebarang maklum balas.

“Jadi, sekarang ini saya tidak faham mengapa David menuduh kepimpinan PFM kurang ajar atau tidak menghormati keputusan menteri. Kami menerima keputusan menteri itu tetapi dalam masa yang sama kami mahukan penjelasan kerana sepanjang tempoh perkhidmatan David dan Idham, banyak masalah yang dilaporkan berlaku dalam industri.

“Ini bukan zaman batu. Semua pihak berhak menyuarakan pendapat mereka. Tidak timbul isu kurang ajar atau tidak menghormati menteri apabila PFM mengambil pendekatan ini. Jika di Parlimen pun, menteri perlu menjawab pelbagai soalan daripada pihak yang inginkan penjelasan. Saya pun tidak faham mengapa David melihat isu ini sebagai serangan peribadi. Ingin saya jelaskan sekali lagi, PFM bukan bertindak atas dasar peribadi tetapi ia untuk kepentingan dan masa depan industri filem tempatan.

“Kami masih memerlukan kedua-dua individu ini kerana mereka memang memainkan peranan penting dalam PFM. Orang-orang beginilah yang mampu menaikkan taraf industri perfileman kita,” jelas Ahmad Puad panjang lebar.

Menjawab tuduhan David yang mengatakan barisan kepimpinan PFM mempunyai maksud tersirat dalam usaha menentang perlantikan itu, Ahmad Puad menjelaskan, tidak ada sebarang agenda tersembunyi yang diperjuangkan oleh kepimpinan PFM.

“Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, kami telah pun berjumpa dan berbincang dengan David dan Idham sebelum mengambil keputusan menghantar memorandum kepada menteri. Dalam perbincangan itu mereka menolak pendapat kami yang mengatakan akan berlaku konflik kepentingan.

“Mereka bertegas mahu berada dalam lembaga pengarah. Setelah cara itu tidak berkesan, barulah kami ambil langkah seterusnya kerana ramai ahli yang tidak menyokong. Saya bukan bertindak atas kepentingan peribadi. Saya ini hanya makan gaji bukan ada syarikat sendiri seperti mereka.

“Kalau mereka kata sepanjang tempoh berada dalam Finas kita tidak pernah timbulkan sebarang isu, itu tidak benar. Setiap kali menyuarat PFM diadakan, kita akan maklumkan pada mereka semua isu berbangkit walaupun mereka tidak hadir. Namun, semua masalah tidak berjaya diselesaikan dengan baik. Atas sebab itulah sekarang ini kita mahu pihak kementerian mengkaji semula keputusan perlantikan itu,” tambah Ahmad Puad lagi.

Dalam masa yang sama Ahmad Puad turut mempersoalkan keinginan David untuk mengadakan undi tidak percaya bagi menyingkirkan dirinya.

“Timbul persoalan pada saya, adakah David ingin melakukan undi tidak percaya ini kerana dia ingin menggantikan tempat saya atau dia ingin meletak ‘agennya’ dalam kepimpinan PFM? Kalau ini niatnya, anda nilaikan sendiri siapa sebenarnya mempunyai maksud tersirat?”
Read more »

PEMIMPIN FINAS KURANG AJAR - DAVID TEOH

Friday, July 23, 2010
PETALING JAYA: Penerbit filem David Teo, Khamis menempelak pemimpin Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan menganggap mereka sebagai kurang ajar kerana membelakangkan ahli dalam membuat sebarang keputusan.

David berkata, dia berasa amat sedih apabila presiden persatuan itu, Ahmad Puad Onah dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PFM yang lain cuba “main kotor” untuk menyingkirkannya bersama Ahmad Idham sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

“Saya berasa amat kecewa dan sedih dengan permainan kotor mereka. Sebagai ahli persatuan FDM, saya tidak dipanggil untuk terlibat dalam setiap keputusan yang hendak mereka lakukan,” katanya.

David diminta mengulas kemelut yang melanda di antara dia dengan persatuan filem itu apabila pihak mereka mengadakan sidang akhbar Selasa lalu untuk menuntut David dan Ahmad Idham berundur dari memegang jawatan di dalam Finas.

Sidang media tergempar Persatuan Penerbit Filem Malaysia untuk membantah pelantikan beberapa individu yang didakwa mencetuskan percanggahan konflik kepentingan di Lembaga Pengarah Finas. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI

Kata David, atas sikap tidak profesional Ahmad Puad dan orang-orangnya, David meminta persatuan itu mengadakan mesyuarat agung tergempar kerana dia mahu melakukan undi tidak percaya bagi menyingkirkan Ahmad Puad.

Ujar David, kepimpinan FDM sekarang adalah seperti budak-budak dan tidak matang dalam membuat sesuatu keputusan.

Malah dakwa David, tindakan pemimpin persatuan itu untuk menyingkirkannya dan Ahmad Idham di dalam Finas mempunyai maksud tersirat yang tidak diketahui oleh orang lain.

Kata David, selama tiga tahun berada di dalam perbadanan itu dia tiada ada sesuatu masalah pun ditimbulkan tetapi kenapa ketika Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim akan tamat kontrak pada Ogos ini, masalah berkenaan dibangkitkan.

Ahmad Puad Onah

“Jika mereka kata saya ada agenda apabila dilantik sebagai ahli perbadanan itu, saya ingin jelaskan di sini pihak terbabit juga mempunyai maksud tersirat yang saya tidak boleh dedahkan,” katanya.

Ujar David, langkah yang paling tepat ialah melakukan undi tidak percaya kepada semua pemimpin FDM sebagai satu cara untuk “mengajar” mereka yang dianggapnya sebagai biadab itu.

Mstar

Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive