Content

Showing posts with label FACEBOOK. Show all posts
Showing posts with label FACEBOOK. Show all posts

AKAUN EMAIL GADIS MELAYU DIGODAM

Wednesday, August 11, 2010
JUARA Gadis Melayu musim pertama, Khairul Noormaaidah Zali atau Aida mendakwa akaun e-mel yang didaftarkan pada Facebooknya telah diceroboh.

Baru menyedarinya lima hari lalu, Aida berkata, dia tidak menyangka akaun e-melnya telah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana sibuk berkerja.

Aida menggunakan e-mel khairulnoormaaidah@yahoo.com termasuk untuk akaun Facebook miliknya tetapi akibat perbuatan jahat sesetengah pihak itu, dia terpaksa menukar e-mel berkenaan."Selama ini Aida memang tidak dapat kesan sebab e-mel itu Aida tidak pernah guna. E-mel itu menang hanya untuk akaun Facebook bagi kemudahan berinteraksi dengan para peminat.

"Tetapi empat hari lepas, Aida terperanjat apabila membuka e-mel tersebut dan mendapati ia telah diceroboh," katanya.

Mengulas lanjut, Aida yang merupakan isteri kepada pembaca berita Buletin Utama TV3, Saiful Nizam, berkata, dia hanya membuka e-melnya selepas rakannya di Universiti Utara Malaysia telah menghantar soalan-soalan untuk dijawab bagi tugasan kuliah.

Bagaimanapun Aida terkejut apabila mendapati mesej di dalam e-mel bekenaan telah dijawab tanpa pengetahuannya.

Kerana risau apa-apa yang lebih buruk akan terjadi, Aida telah menutup e-mel tersebut dan menggantikan dengan e-mel baru selain menutup sementara akaun Facebooknya.

Katanya, dia juga telah memasukkan mesej mohon maaf di laman Facebooknya dan menjelaskan perkara sebenar kepada para peminat.

Mengenai perkembangan semasa, Aida memberitahu, dia baru selesai mengelola kan diari Akademi Al-Quran (AQ) musim keempat.

Dia kini sedang menjalani penggambaran program Resipi Istana di mana dia pergi ke istana untuk menghoskan rancangan masakan bersama kerabat diraja.

Setakat ini, dia telah melawat ke negeri Kedah, Kelantan dan Johor.

Ditanya tentang bila dia akan menimang cahaya mata, Aida berkata, dia dan suaminya hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukannya.

"Insya-Allah, sekiranya ada rezeki, kami tidak akan menolaknya," katanya.

- mStar
Read more »

(PHOTOS) SYELLA...SEKSI YANG BERSOPAN????

Wednesday, August 4, 2010
Post kali ni saja nak memanaskan Syella atau nama sebenarnya Nursyella Ahmad Kamaruddin yang telah lama menyepi dalam industri muzik tanah air. Tak tau lah ke mana die menghilang membawa diri.

Bagi yang tak berapa nak kenal Syella ni, ha kat sini aku tempek kan beberapa keping gambar dia yang sopan seksi. Dia juga dulu ada kontroversi dalam facebook kalau korang masih ingat lagi.

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

Syella Kamaruddin Versi Sopan Ke Seksi - 18sx

-SKYCREWZ

Read more »

SELEBRITI HOLLYWOOD ANTI FACEBOOK?

Tuesday, July 27, 2010
Jumlah pengguna Facebook saat ini telah dianggarkan mencecah 500 juta pengguna. Ia satu pencapaian yang boleh disifatkan luar biasa. Namun, tak bererti laman sosial ini diterima semua orang.

Buktinya, ramai selebriti Hollywood yang telah menolak serta menentang kehadiran Facebook. Antaranya ialah Jennifer Aniston, George Clooney, Miley Cyrus serta Drew Barrymore.Mereka dilaporkan menolak kewujudan laman sosial kerana beranggapaan Facebook yang telah dicetuskan hasil daripada idea Mark Zuckerberg ini tekah menyebabkan berlakunya banyak penculikan serta gejala seksual terhadap kanak-kanak yang masih di bawah umur.

Misalnya seperti apa yang berlaku sedikit hari dulu di Amerika syarikat. seorang lelaki berusia 48 tahun telah menculik seorang kanak-kanak remaja perempuan berusia 13 tahun setelah berbohong tentang usianya di internet serta meminta gadis itu untuk menjalinkan hubungan cinta dengannya.

"Saya harap ramai kanak-kanak yang tidak akan menerokai internet kerana ia bukan saja tidak menyenangkan tetapi cukup bahaya," kata Miley Cyrus yang dulunya mengakui sangat ketagih dengan internet.

Beberapa bintang Hollywood yang lain pual menyatakan rasa marah dan kesal mereka di atas kehadiran laman web palsu yang telah menggunakan nama mereka.

"Saya lebih rela menghabiskan diri di lokasi untuk menjayakan shooting daripada membuang masa di internet hanya semata-mata untuk memiliki akaun Facebook," katanya George Clooney pula.

Murai.com.my
Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive