Content

Showing posts with label SKANDAL. Show all posts
Showing posts with label SKANDAL. Show all posts

BUKAN SAYA YANG BERCIUM! - NABIL

Friday, November 12, 2010
Jika sebelum ni kecoh pasal gosip Nabil Raja Lawak kantoi berdua-duaan dengan perempuan lain oleh irma.. kali ni kecoh pula apabila gambar nabil cium mulut dengan Qasha tersebar di internet.. Ada juga yang kata Qasha ni adalah kekasih baru Nabil.. Entah la.. sama-sama la kita tunggu Nabil di terjah nanti..

Walau bagaimanapun, Nabil menafikan sekeras-kerasnya yang individu didalam gambar tu adalah dia dan Qasha..

Gambar Nabil dan Qasha yang sedang bercium mulut sakan tu mungkin sudah di superimpose oleh individu yang tidak bertanggungjawab.. Ish ish ish… kesian Nabil dan Qasha menjadi mangsa superimpose kan.. Apa-apa pun.. “Lu Pikir la sendiri…”Mygossip.com

Read more »

AC KONSORTIUM PENIPU - LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT!

Wednesday, November 10, 2010
Benarkah sebenarnya AC Konsortium ini penipu??

Terkejut atau mengejutkan???

Sebenarnya tidak la terkejut mana…

Menjual seutas gelang magnet dengan harga RM1000 seperti tidak masuk akal untuk saya beli.

Persoalannya, adakah benar gelang yang dijual itu boleh mengubati beberapa penyakit??

Berbalik kepada isu AC Mizal membuat laporan polis, disini saya sertakan laporan yang AC Mizal buat kepada pihak polis :

ac mizal Laporan Polis AC Konsortium Penipu?   AC Mizal Buat  Laporan Polis

Terdapat 5 laman blog nampaknya yang disenaraikan dalam laporan polis oleh Dato AC Mizal. Ugutan yang dilaporkan oleh AC seperti “Elok Sembelih Je Kot” dan “Dah Tak Sabar Nak Masuk Jail” mungkin lebih kepada komen tidak puas hati oleh penulisnya.

Berbalik kepada kononya TUDUHAN PALSU mengenai harga kos produk-produk gelang AC Mizal dibawah ini saya tunjukan :

ghnv AC Konsortium Penipu?   AC Mizal Buat Laporan Polis

Sumber dari blog aidil

Saudara Aidil telah membuat pembongkaran ini di laman blognya. SILA BACA!!!!

Tiada fakta yang dan kajian melalui sains yang membuktikan gelang magnet ini mampu mengubati penyakit, Anda setuju??

Sumber untuk rujukan :

BBC: http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/4582282.stm
CSI: http://www.csicop.org/si/show/magnet_therapy_a_billion-dollar_boondoggle/
British Medical Journal: http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1325112/?tool=pmcentrez
CTM: http://www.complementarytherapiesinmedicine.com/article/S0965-2299(09)00056-9/abstract

Berdebat bukan untuk menang tapi untuk cari kebenaran!!!!

Antara link yang boleh anda baca mengenai isu ini (tak larat nak terangkan satu-satu) :

  1. http://www.facebook.com/pages/Ahli-ACK-Yaalll-Jom-Berdiskusi-Sesama-Ahli/156982764335813
  2. http://www.facebook.com/ACMizalFanPage
  3. http://joegrimjow.blogspot.com/2010/11/ac-mizal-main-delete-komen-untuk-jaga.html?ref=nf
  4. http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=187473
  5. http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/10/gelang-ac-mizal-disaster-waiting-to.html
  6. http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=510159&rpid=41096823&ordertype=0&page=49#pid41096823
  7. http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=511939
  8. http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/11/gelang-ac-mizal-manjang-berlakun-mamat.html
  9. http://www.hottime.cn/productgrouplist-200574714/6%20Tungsten%20Bracelet.html

Mengenai isu testimonial penipu yang kononnya orang fitnah :

Baca disini http://www.facebook.com/note.php?note_id=345491817385

kemudian buat perbandingan apa yang ada disini

http://www.magjewl.com/testimonials.html

Itu yang membuatkan orang kata testimonial yang ada di facebook AC Mizal adalah tipu!!!!

Source : Selangor2u
Read more »

MIZZ NINA DAN NOH HUJAN BERCINTA DALAM FACEBOOK!

Tuesday, September 21, 2010
PETALING JAYA: Seperti umum tahu, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dan penyanyi yang sedang popular dengan lagu What You Waiting For, Mizz Nina, begitu berbakat dalam karier nyanyian masing-masing.

Mereka berdua juga berkolaborasi dalam penghasilan album baru Mizz Nina dan turut berduet dalam album tersebut yang berjudul, Kurnia.

Sejak itu, mereka seringkali digosipkan sedang hangat bercinta selepas bekerjasama dalam pembikinan album tersebut, walaupun masing-masing sentiasa menafikan hubungan cinta mereka.

Bagaimanapun, baru-baru ini, mStar Online telah mendapat informasi mengenai akaun laman Facebook mereka yang mengesahkan diri mereka bercinta.


Noh dan Nina masing-masing meletakkan status bahawa mereka sedang bercinta

Ini berdasarkan kepada status pada akaun laman sembang tersebut yang mereka tandakan sebagai sedang bercinta.

Noh meletakkan informasi Facebook miliknya 'In A Relationship With Shazrina Azman'. Begitu juga dengan Mizz Nina yang turut meletakkan status 'In A Relationship With Noh Kublai Khan'.

Apa yang pihak mStar Online ingin mempersoalkan, mengapakah Mizz Nina dan Noh menafikan hubungan cinta mereka kepada umum sedangkan mereka mengesahkan perkara itu dalam laman sembang masing-masing?

Mstar Online menghubungi Mizz Nina iaitu anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim itu, untuk mendapatkan penjelasan tetapi dia enggan mengulas panjang.

Dengan nada bersahaja dia berkata: "No comment. Saya tak nak isu ini berbangkit lagi. Kalau boleh saya nak masyarakat fokus kepada kerjaya saya sahaja," katanya.

Noh pula gagal dihubungi untuk menjelaskan perkara itu.

Read more »

NATASHA HUDSON TAK BOLEH MENYANYI....

Friday, July 30, 2010
EKORAN didakwa tidak profesional oleh Natasha Hudson, Ketua Unit Muzik syarikat rakaman Alibi Music, KC Ismail terpanggil untuk membuat kenyataan balas bagi menjawab segala persoalan yang timbul.

Menurutnya, pengunduran penyanyi dan pelakon itu dari syarikat rakaman tersebut merupakan persetujuan kedua-dua pihak.

Malah Alibi Music sendiri tidak pernah membuang mana-mana artis melainkan artis itu sendiri yang memohon untuk mengundurkan diri. Begitu juga dengan segala masalah yang timbul diselesaikan melalui rundingan bersama.Natasha atau lebih mesra dengan panggilan Tasha telah menandatangani kontrak bersama Alibi Music pada 10 Disember 2009 selepas diperkenalkan oleh Cat Farish.

“Semasa malam Konsert Alibi Kosmik pada 15 Januari lalu di Wisma Bentley, Mutiara Damansara, persembahan Tasha mendapat kritikan daripada pihak media dan pihak kami terus mencadangkan agar Tasha mengambil kelas vokal bagi memantapkan mutu vokalnya.

“Namun, Tasha sering sibuk dan tidak dapat menghadiri kelas vokal sehingga dia menerima kritikan demi kritikan selepas membuat persembahan pada 6 Mei lalu di No Black Tie.
“Dari situ, kami berpendapat dia belum bersedia untuk menjadi seorang penyanyi, banyak yang perlu dipelajari. Kami khuatir jika single dia ke udara di radio, tahap kualitinya masih sama. Kami mahu dia betul-betul bersedia untuk bergelar penyanyi,” jelas KC Ismail dalam satu kenyataan akhbar kepada mStar Online, Jumaat.

Bukan sahaja isu tersebut, Tasha sekali lagi menerima tamparan apabila lagu yang dipilih pihak syarikat itu sebagai singlenya didakwa diciplak daripada orang lain.

Justeru, mereka mencari single baru dan hasil persetujuan, lagu ciptaan Cat Farish dipilih untuk menggantikan lagu tersebut.

“Walaubagaimanapun, setelah selesai rakaman dibuat, Cat mendapati Tasha sukar untuk menyanyikan lagu tersebut dengan baik dan memerlukan latihan vokal bagi melancarkan proses rakaman.

“Akhirnya, setelah perbincangan dibuat, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengambil lagu ciptaan Aqasha sebagai single terbarunya. Lagu itu adalah lagu duet Tasha bersama Aqasha.

“Sekali lagi, Cat sebagai Artis & Repertoire (A&R) Alibi Music diberi tanggungjawab untuk memastikan lagu itu siap dirakam sepenuhnya,” beritahu KC Ismail.

Tambahnya, masalah lain pula yang timbul apabila lagu itu gagal disiapkan oleh Cat setelah beberapa minggu diberikan.

Selepas situ kata KC, timbul satu isu di mana Tasha telah menyalahkan Alibi sendiri kerana gagal mengeluarkan sebarang lagu baru untuknya.

“Tasha menyifatkan kami telah gagal menunaikan janji dan tidak bersungguh-sungguh untuk menghasilkan single terbarunya.

“Segala usaha dan rundingan telah menemui jalan buntu, akhirnya sebagai penyelesaian Tasha mengambil keputusan keluar daripada Alibi Music dan pihak kami juga telah bersetuju untuk melepaskannya secara baik," katanya.

KC Ismail berharap penjelasan itu dapat memberikan gambaran jelas tentang isu yang berbangkit sebelum ini.
Read more »

INI DIA JUTAWAN MALAYSIA YANG BERCANDA DENGAN PARIS HILTON!

Tuesday, July 27, 2010
Taek Jho Low jutawan Malaysia yang dikatakan menghabiskan 2 juta usd sehari semata-mata untuk berhibur dengan Paris Hilton, memang kaya jutawan hartanah kita ni.. ada gosip-gosip yang mengatakan yang diaorang ni tengah hangat bercinta..

entah lah.. takkan boyfriend Paris Hilton lepas ni orang Malaysia pulak kan.. memang beruntung la Taek Jho Low ni… Dengarnya usd 2juta tu dibelanjakan untuk membayar minuman keras termahal untuk Paris Hilton dan rakan-rakan dia di Les Caves du Roy nightclub…

gambar jutawan malaysia habiskan 2 juta usd untuk paris hilton

Menurut British tabloids, Taek Jho Low ni memang selalu menghabiskan masa dengan Paris Hilton ni.. ntah berapa juta dia dah habiskan.. Diaorang gelar Taek Jho Low ni sebagai “Malaysian mystery businessman”.. Biar la diaorang nak gelar apa pun.. yang penting Taek Jho Low hidup bahagia disamping Paris Hilton ni kan..

jutawan malaysia berhibur dengan paris hilton

Sejak Taek Jho Low banyak menghabiskan masa dengan Paris Hilton, nama dia banyak mendapat tempat di majalah dan laman selebriti Hollywood.. Popular sekejap dia ni di Hollywood… Apa-apa pun jom kita layan gambar Taek Jho Low jutawan Malaysia yang berhibur dengan Paris Hilton nie…

2 juta usd untuk berhibur dengan paris hilton

paris hilton party photo with Malaysian mystery businessman

Malaysian mystery businessman with paris hilton party

Taek Jho Low and paris hilton dating

Taek Jho Low and paris hilton

Taek Jho Low party with paris hilton

2 million usd partying with paris hilton

paris hilton and friend drunk at club

paris hilton clubbing with new paris hilton boyfriend

MYGOSIP.COM

Read more »

FOTO LAMA JON BON JOVI BERSAMA EMPAT WANITA BOGEL TERSEBAR

Monday, July 26, 2010
Jon Bon Jovi dikenali sebagai penyanyi Rock 'n' Roll dengan imej yang bersih tanpa sebarang skandal. Namun begitu, semuanya telah berubah apabila fotonya yang diambil pada tahun 1985 telah tersebar luas di internet.

Foto tersebut memaparkan aksi beliau di atas katil bersama empat wanita dalam keadaan yang berbogel.Sebelum popular: Foto Jon Bon Jovi beraksi bersama empat wanita sepatuh bogel pada tahun 1985 yang telah dicetak di dalam sebuah buku baru Sex, Drugs And Bon Jovi.

Foto tersebut telah diambil oleh seorang jurugambar yang popular, Ross Marino ketika Jon Bon Jovi berusia 22 tahun dan sibuk mempromosikan album 7800 Farenheit.

Foto yang tidak pernah dikeluarkan dari simpanan selama 20 tahun oleh bekas pengurus persembahan mereka, Rich Rozzett, telah dicetak semula ke dalam bukunya yang terbaru menceritakan perjalanan hidupnya bersama kumpulan tersebut.

Dailymail


Read more »

YUNA SHARA MINTA KRIS DAYANTI MINTA MAAF

YUNI Shara (gambar) kecewa dengan peristiwa yang terjadi kepada adiknya Krisdayanti yang bercium dengan kekasihnya Raul.

Namun, sebagai seorang kakak, Yuni juga tidak boleh berdiam diri. Kekasih kepada Raffi Ahmad ini juga meminta maaf kepada masyarakat di atas keterlanjuran adiknya itu.

Menurut Yuni, KD harus segera meminta maaf secara terbuka atas perilakunya di hadapan khalayak.

"Saya minta selepas kejadian ini, dia menjaga sikapnya kerana anak-anaknya juga sudah dewasa dan boleh mengerti perkara itu," katanya.Ketika ditanya tentang aksi mesra itu kerana KD cinta mati dengan Raul? Yuni mengatakan; "Saya tidak tahu tentang perkara itu," ujar Yuni seperti dipetik VIVAnews.

Yuni juga berpesan kepada adiknya bahawa dia sudah dewasa dan harus menanggung risikonya dengan perbuatannya.“Saya beritahu kepada dia agar lebih menjaga perasaan anak-anaknya. Anak lebih melihat kelakuan ibu. Di sekolah tentu banyak yang membicarakan tentang hal itu. Mereka sudah faham apa yang dibicarakan orang," katanya.

Setelah kejadian tersebut, Yuni berharap peristiwa itu tidak akan menganggu jiwa anak-anak pasangan KD dan Anang Hermansyah itu sehingga mengganggu persekolahan mereka.

- mStar
Read more »

PEMIMPIN FINAS KURANG AJAR - DAVID TEOH

Friday, July 23, 2010
PETALING JAYA: Penerbit filem David Teo, Khamis menempelak pemimpin Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan menganggap mereka sebagai kurang ajar kerana membelakangkan ahli dalam membuat sebarang keputusan.

David berkata, dia berasa amat sedih apabila presiden persatuan itu, Ahmad Puad Onah dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PFM yang lain cuba “main kotor” untuk menyingkirkannya bersama Ahmad Idham sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

“Saya berasa amat kecewa dan sedih dengan permainan kotor mereka. Sebagai ahli persatuan FDM, saya tidak dipanggil untuk terlibat dalam setiap keputusan yang hendak mereka lakukan,” katanya.

David diminta mengulas kemelut yang melanda di antara dia dengan persatuan filem itu apabila pihak mereka mengadakan sidang akhbar Selasa lalu untuk menuntut David dan Ahmad Idham berundur dari memegang jawatan di dalam Finas.

Sidang media tergempar Persatuan Penerbit Filem Malaysia untuk membantah pelantikan beberapa individu yang didakwa mencetuskan percanggahan konflik kepentingan di Lembaga Pengarah Finas. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI

Kata David, atas sikap tidak profesional Ahmad Puad dan orang-orangnya, David meminta persatuan itu mengadakan mesyuarat agung tergempar kerana dia mahu melakukan undi tidak percaya bagi menyingkirkan Ahmad Puad.

Ujar David, kepimpinan FDM sekarang adalah seperti budak-budak dan tidak matang dalam membuat sesuatu keputusan.

Malah dakwa David, tindakan pemimpin persatuan itu untuk menyingkirkannya dan Ahmad Idham di dalam Finas mempunyai maksud tersirat yang tidak diketahui oleh orang lain.

Kata David, selama tiga tahun berada di dalam perbadanan itu dia tiada ada sesuatu masalah pun ditimbulkan tetapi kenapa ketika Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim akan tamat kontrak pada Ogos ini, masalah berkenaan dibangkitkan.

Ahmad Puad Onah

“Jika mereka kata saya ada agenda apabila dilantik sebagai ahli perbadanan itu, saya ingin jelaskan di sini pihak terbabit juga mempunyai maksud tersirat yang saya tidak boleh dedahkan,” katanya.

Ujar David, langkah yang paling tepat ialah melakukan undi tidak percaya kepada semua pemimpin FDM sebagai satu cara untuk “mengajar” mereka yang dianggapnya sebagai biadab itu.

Mstar

Read more »

SANDRA DEWI PULA DIKAITKAN DENGAN ARIEL PETERPORN?

Thursday, July 22, 2010
JAKARTA 22 Julai – Seorang lagi aktres jelita Indonesia dilaporkan terbabit dengan skandal seks vokalis Peterpan, Nazril Ilham alias Ariel, namun kali ini ia membabitkan hanya gambar lucah pelakon tersebut.

Gambar-gambar berani Sandra Dewi, 26, dikatakan terdapat dalam komputer riba milik Ariel, yang turut memuatkan video lucah dengan Luna Maya dan Cut Tari sebelum ini.Polis bagaimanapun enggan mengulas mengenainya kerana sebarang maklumat daripada komputer riba itu adalah sebahagian daripada penyiasatan yang perlu dirahsiakan.

“Kalau soal itu saya tidak mahu mengulas. Kalau benar sekalipun, saya tidak akan mengatakan apa-apa mengenainya,” tegas jurucakap polis kebangsaan, Marwoto Soeto kepada pemberita.

Polis juga enggan mengulas tentang khabar angin wujudnya 23 video lain dalam komputer riba tersebut.

Sementara itu, Luna Maya hari ini diperintah melapor diri dua kali seminggu di ibu pejabat polis selepas dinamakan sebagai suspek, sehingga kes itu dibicarakan di mahkamah.

Namun Cut Tari dikecualikan kerana memberi kerjasama dan pengakuan terlibat dalam kes video seks yang menggegarkan Indonesia itu.

Peguam kepada Cut Tari, Hotman Paris Hutapea menyatakan, di antara ketiga-tiga selebriti yang menjadi suspek kes video itu, hanya Luna Maya yang dikehendaki melapor diri dua kali seminggu.

“Yang wajib lapor itu hanya Luna Maya kerana yang saya tahu dari ketiganya baru Cut Tari sahaja yang mengaku,” katanya.

Hotman kini sedang mempersiapkan Surat Perintah Penghentian Penyiasatan (SP3) terhadap kes anak guamnya itu yang mana dia menegaskan undang-undang pornografi tidak boleh dikenakan kerana rakaman dibuat pada tahun 2006 sedangkan undang-undang itu dikuatkuasakan pada 2008.

– AGENSI
Read more »

KRIS DAYANTI BERCIUM TANPA RASA MALU...

Wednesday, July 21, 2010
JAKARTA: Ketika menafikan hubungan cintanya dengan ahli perniagaan Raul Lemos, penyanyi kontroversi Indonesia, Krisdayanti atau KD tanpa segan silu mahu bercium dengan lelaki itu di depan khalayak.

Ciuman mesra KD dengan Raul berlaku ketika mereka menghadiri sidang media di Radio Dalam, Jakarta Selatan, Rabu. Pada ketika itu Raul sedikitt emosi ketika memperkatakan mengenai dirinya di sebuah tabloid hiburan.Portal Inilah.Com melaporkan, ketika melihat aksi Raul yang sedikit emosi itu, KD dengan manjanya cuba mencubit pipi lelaki itu sambil memberi ciuman ke bibirnya.

Wartawan dan jurugambar yang hadir pada majlis tersebut menjadi terkejut lalu meminta kedua-dua pasangan tersebut mengulangi aksi berkenaan.

Bagaimanapun tanpa perasaan malu, KD terus menarik wajah Raul untuk menciumnya semula.

Sementara itu Inilah.Com turut melaporkan Raul mengaku mahu menikahi KD tetapi perlu menguruskan penceraiannya dengan Silvalay Noor Artalitha.

Raul berkata dia sudah melafazkan talak ke atas isterinya itu secara lisan dan atas alasan itulah dia berani untuk keluar bersama KD.

Mengikut perancangan, Raul mahu mengadakan majlis pernikahan mereka di tanah kelahirannya di Timor Laste dan KD sendiri tidak keberatan untuk tujuan itu.

KD bercerai dengan Anang Hermanstah pada 22 Oktober tahun lalu. Khabarnya Raul Lemos menjadi penyebab penceraian tersebut. Setelah bercerai dengan Anag, KD tidak malu untuk menceritakan kepada pihak media tentang hubungan mereka itu.
Read more »

MEMEY DAN NORMAN BERANTAKAN?

Monday, July 19, 2010
Lebih seminggu lalu, rakan sekerja GUA telah mendapat perkhabaran kononnya Memey sudah beralih kasih daripada Norman Hakim. Awalnya, sukar juga untuk kami mempercayai cerita yang disampaikan itu. Apatah lagi sebelum ini, baik Memey mahupun Norman begitu asyik berkongsi perancangan perkahwinan mereka dengan para media.

Namun begitu, apabila terbaca temuramah bekas isteri Norman, Abby Abadi di dalam Harian Metro beberapa hari kemudian - 'SMS Memey kejutkan Abby' - kenyataannya seakan mengiyakan gosip mengenai terputusnya cinta Memey dan Norman.Dedah Abby, dia telah menerima SMS daripada Memey yang mengharapkan agar dia berbaik semula dengan Norman. Komen Abby seterusnya membawa kepada 1,001 persoalan.

“Saya tak tahulah apa yang berlaku pada hubungan mereka sekarang kerana selama ini daripada cara mereka bercerita pada media, nampak macam pasangan kekasih yang bahagia.

“Pun begitu, saya juga tidak terkejut andai kata mereka sudah berpisah tetapi jangan memandai hendak mencampuri urusan hidup saya. Atau mungkin Memey mengirim SMS itu semata-mata untuk menarik perhatian saya."

Bagaimanapun, jika anda sempat membelek sisipan B*Pop hari ini, ruangan Teropong, gosip yang telah disampaikan mengenai Memey dan Norman itu ternyata jauh sekali tersasar.Dari mulut tuan empunya diri, Memey berkongsi bahawa perhubungannya dengan Norman "baik-baik saja" malah tarikh perkahwinan sudah ditetapkan pada 24 Julai. Persiapan termasuk pakaian pun sudah disiapkan. Tetapi apakan daya, jadual kerja masing-masing tidak mengizinkan. Kerana itu, perancangan mereka untuk bernikah pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan, kemungkinannya selepas Hari Raya Puasa nanti.

Gua.com.my
Read more »

PAPPARAZZI TEMPATAN BERAKSI! ABBY DAN ZUL ARIFFIN

Saturday, July 17, 2010
Bukan setakat di Hollywood sahaja ada paparazi ni, kat Malaysia pun ada juga. Memang berani sungguh kerja paparazi ni, sanggup meredah apa jua untuk mengambil gambar artis dalam artis berkenaan sedari.

Itulah yang berlaku kepada pasangan 'kawan' Abby Abadi dan Zul Ariffin ketika mereka membuat aktiviti riadah pada waktu pagi (mungkin hari Ahad). Tapi Abby sepertinya tak bersenam, mungkin cuma menemankan Zul sahaja kot. Zul pun tangkap lentoklah dengan berpakaian seksi dedah aurat depan Abby. Fuh~


Read more »

MISHA OMAR BERPELUKAN PULAK DAH...

Tuesday, July 13, 2010
Misha yang memegang watak Dara dalam teater muzikal itu berkata, dia perlu menghilangkan rasa kekok dipeluk dan didukung Razali untuk menjiwai watak tersebut.Dalam pementasan itu Razali memegang watak uda.

"Saya rasa peminat lebih memahami apa itu realiti dan lakonan. Kalau kemesraan yang anda lihat di pentas itu adalah kemesraan antara Uda dan Dara yang diterjemahkan menerusi Razali dan Misha, ia adalah sesuatu yang bagus.

Uda(Razali) dan Dara (Misha) ketika dalam pementasan teater muzikal Uda dan Dara. - Foto THE STAR Oleh M. AZHAR ARIF

PELAKON Misha Omar menganggap aksi mesra dengan pelakon, Razali Hussain dalam pementasan teater muzikal Uda dan Dara tidak akan mengundang reaksi negatif para penonton.

"Macam mana kita nak hidupkan satu-satu watak sekiranya dalam lakonan itu kami tidak dapat menghidupkan watak cinta dengan baik," katanya kepada pemberita sejurus selesai pementasan Uda dan Dara, Isnin.

Misha yang cukup dikenali menerusi lagu popular beliau, Bunga-bunga Cinta diminta mengulas sama ada aksi-aksinya berpeluk bersama Razali mungkin mengundang kemarahan para peminatnya.

Uda dan Dara ialah karya agung Sasterawan Negara Allahyarham Datuk (Dr) Usman Awang yang menceritakan sebuah kisah cinta tragis.

Dalam pementasan itu, Misha dan Razali mampu melakonkan watak mereka dengan baik termasuklah saling berpelukan malah dalam satu situasi, Razali mendukung Misha.

Apa pun, Misha berharap peminat memahami dipersembahkannya adalah untuk tatapan penonton dan ia merupakan satu tuntutan.

"Sebenarnya setiap babak yang dilakonkan itu memerlukan pengorbanan daripada saya. Saya kena merelakan diri melakukan begitu bagi menjiwai watak Dara.

"Kalau di luar, tak berani saya nak buat macam itu," katanya sambil menyifatkan Uda dan Dara ialah Romeo dan Juliet bagi masyarakat Melayu.

Tanpa kemesraan antara Uda dan Dara, jelas Misha, teater itu tidak akan berjaya mencapai matlamatnya.

Sementara itu, Razali ketika diminta mengulas mengenai aksi itu berkata dia tidak berasa segan kerana cuma memberi fokus kepada watak yang dibawanya.

"Bila perasaan itu hadir (sewaktu pementasan), tak rasalah apa-apa," katanya.

Ditanya adakah dia terbawa-bawa perasaan din atas pentas dengan Misha itu sehingga ke luar lokasi, dia menolak anggapan tersebut.

Jelas Razali, dia sekadar minum di kedai mamak berdekatan Istana Budaya bersama Misha selepas latihan dan tidak lebih dari itu.

Pementasan tersebut berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 10 Julai hingga 20 Julai ini.

- mSTAR

Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive