Content

Showing posts with label ARIEL. Show all posts
Showing posts with label ARIEL. Show all posts

ARIEL PETERPORN BERAYA DI PENJARA

Sunday, August 22, 2010
TIDAK pernah dibayangkan oleh Nazril Irham atau Ariel untuk merayakan Aidilfitri di sebalik jeriji besi. Namun begitu dengan tempoh lanjutan 30 hari keatasnya, Ariel kemungkinan besar akan beraya di penjara.

Bagaimanapun, seperti dipetik DetikHot.com, pihak polis Indonesia memberitahu bahawa mereka belum memutuskan secara rasminya nasib Ariel pada hari raya nanti, namun kemungkinan besar dia akan terus ditahan bagi siasatan.Jika penyanyi Mungkin Nanti ini terus ditahan, dia akan merayakan Aidilfitri bersama tahanan yang lain dan menurut sumber daripada pihak polis Indonesia seperti tahun sebelumnya, tiada sebarang acara sambutan yang dilakukan di sana.

Selain itu, tiada keistimewaan yang diberikan pada hari tersebut, waktu kunjungan juga yang diberikan juga seperti hari-hari biasa.
Read more »

AHMAD DHANI MAHU ARIEL DIBEBASKAN

Monday, August 9, 2010
VOKALIS Dewa, Ahmad Dhani (gambar) secara terbuka memberikan sokongan kepada Ariel yang kini sedang berhadapan dengan kes video lucahnya itu.

Malah dia menyokong penyanyi Mungkin Nanti itu dapat dibebaskan dengan segera.

Suami Maia Estianty ini mengakui bahawa Ariel merupakan seorang ahli muzik yang sangat berbakat.

Dia dan beberapa pemuzik lain mahu Ariel dibebaskan dan menganggap penyanyi itu tidak bersalah dalam hal tersebut.

"Kita juga sudah sepakat bahawa Ariel seorang pemuzik dan pengarang lagu terhebat di Indonesia, dan sebagai tanda menyokong Ariel, saya akan mengadakan sebuah konsert 'For..Free Ariel!!'.

"Dalam konsert itu kami akan mengumpul seberapa banyak tanda tangan artis yang membantah penahanan Ariel.

"Ramai yang datang, terutama pemuzik dan artis yang menyanyikan lagu Ariel," ucapnya.

Tetapi, pihak polis memberitahu konsert yang dianjurkan oleh Dhani itu tidak langsung mempengaruhi proses hukuman Ariel.

Mereka juga memberitahu apa yang dilakukan oleh Dhani hanya sebagai sokongan moral tetapi tidak membantu kes tersebut.

Read more »

SUAMI NAIK ANGIN, ARAH CUT TARI DUDUK RUMAH

Friday, August 6, 2010
KES video lucah yang turut melibatkan Cut Tari telah membawa impak besar dalam kehidupan artis tersebut.

Setelah kehilangan beberapa pekerjaannya, dia juga kini tidak dibenarkan oleh suaminya, Yohannes Yusuf Subrata untuk ke luar dari rumah.


"Ketika kes ini terjadi Yusuf telah mengeluarkan larangan tersebut termasuklah tidak menemui rakan-rakan atau bersiar-siar secara bebas di luar.

Peguam mewakili Cut, Hotman memberitahu bahawa Yusuf telah meninggikan suara terhadap Cut Tari dengan kata-kata: "Mulai sekarang kamu jaga anak sahaja di rumah" dengan nada yang tinggi.

Bagaimanapun, larangan itu tidak membuat Yusuf meninggalkan isterinya ketika menghadapi masalah tersebut. Dia juga kelihatan sentiasa berada disamping isterinya dan memberi sokongan padu.

"Yusuf tak pernah bosan menemani isterinya ketika menjalani pemeriksaan berkaitan video lucah tersebut, malah ketika Cut Tari berbincang dengan saya tentang kes ini, Yusuf sentiasa menemaninya.

"Dia memang sangat mencintai isterinya itu," jelas Hotman.

Dalam pada itu, Cut Tari yang sangat tertekan dengan kes ini mengaku takut keluar rumah dan berhadapan dengan masyarakat. Dia juga bimbang tentang pandangan orang terhadap dirinya ketika ini.

Tambah Hotman lagi, Cut Tari kini sedang berusaha menjalani kehidupannya seperti sedia kala biarpun agak sukar.

"Sekarang Cut Tari sudah cuba untuk hidup seperti manusia normal. Seperti juga orang sakit ia akan pasti sembuh," ujarnya.
Read more »

KERJAYA LUNA MAYA HANCUR SEKELIP MATA

Monday, August 2, 2010
KES video lucah yang melibatkan Luna Maya memberi impak yang sangat besar terhadap kerjaya artis cantik ini.

Sejak video tersebut tersebar ia sangat memberi kesan negatif kepada kontrak-kontrak yang melibatkan pekerjaan kekasih Ariel ini. Malah beberapa kontrak iklan Luna Maya dibatalkan tanpa sebarang budi bicara.

Sebelum kes video lucah tersebar, Luna Maya merupakan antara artis yang paling laris sebagai model iklan, pengacara tv dan juga bintang filem. Beberapa produk ternama pernah menjadikan wajah cantiknya sebagai jurucakap kepada produk mereka seperti XL, Lux dan juga Toshiba.

Selain menjadi bintang iklan, Luna juga dikenali dengan program televisyen popular Indonesia berjudul Dahsyat dengan bayaran yang agak lumayan.

Wajahnya yang mengelak dari dirakam oleh lensa kemera

Bukan itu sahaja, Luna juga sibuk menjadi sibuk mendapat tawaran di program-program televisyen lain seperti The Promotor dan sebagainya. Manakala dia juga terpilih menerajui beberapa buah filem sepanjang tahun lalu.

Namun begitu, apabila video lucahnya dan Ariel mula tersebar dan sampai ke pihak berkuasa, kerjaya jelitawan ini mulai merundum.

Beberapa produk iklan yang menggunakan wajahnya telah menamatkan kontrak secara serta merta. Manakala program Dahsyat turut menyingkirkan Luna dan menggantikannya dengan Astrid Tiar. Pihak produksi program itu mengambil keputusan selepas Luna menjadi disahkan menjadi tertuduh dalam kes tersebut.

Luna masih mengukir senyuman biarpun berat untuknya berhadapan dengan masalah itu

Kini, wajah Luna memang sudah jarang keluar di kaca tv melainkan berita tentang perkembangan kes tersebut yang juga melibatkan pengacara tv, Cut Tari.

Sebelum ini, ada khabar menyatakan Luna Maya bakal keluar dengan single terbarunya yang berjudul Tak Bisa Bersamamu ciptaan Pasha Ungu. Video klip lagu ini sudah dibuat dan diarahkan oleh penyanyi Tompi. Tetapi malangnya ia tidak diterima oleh mana-mana stesen televisyen Indonesia.

Banyak perubahan yang terjadi pada Luna Maya sejak kes video itu terjadi bukan sahaja menjadi bahan utama media Indonesia malah media dari luar negara.

Melalui rakaman terbaru Luna ketika ketika hadir untuk penyiasatan oleh pihak berkuasa, dia kelihatan lebih kurus dan tidak bermaya seperti selalu. Wajahnya juga kelihatan pucat tanpa sebarang solekan.

Read more »

LUNA MAYA DAN CUT LARI DISAHKAN SEBAGAI PELAKON PORNO...

Friday, July 9, 2010
Akhirnya, dua jelitawan Indonesia yang sedap diperlakukan oleh Ariel disah dan diperakui sebagai Cut Lari dan Luna Maya. Walaubagaimanapun, mengikut laporan Detikhot, mereka berdua tidak akan ditahan.

Selamat la korang. Walaupun tak ditahan oleh pihak polis, dengar-dengar katanya dah berbondong-bondong cercaan dan kutukan yang mereka terima. Apalah nasib pelakon-pelakon ini di masa hadapan....


Read more »

KRIS DAYANTI NAFIKAN 1000% VIDEONYA DENGAN ARIEL PETER PORN

Wednesday, July 7, 2010
Kris Dayanti, artis jelita terbaru yang cuba dikaitkan dengan antara 30 video lucah lakonan Ariel Peter Porn. Namun begitu beliau telah menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam video lucah tersebut. Beliau memberi jaminan 1000 persen...!!!!



Baca penafian beliau sambil layan foto-foto aksi Kris Dayanti di SINI
Read more »

ZINA HANCURKAN MASA DEPAN ARIEL

Thursday, June 24, 2010
Polisi Indonesia kelmarin secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29 (Ariel Peterpan) sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu. Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.

Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.

“Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum. Luna Maya dan Cut Tari berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu,” katanya. -mStar
Read more »

BUAH DADA LUNA MAYA TURUT DIPERIKSA....

INILAH.COM, Jakarta - Luna Maya telah menjalani pemeriksaan fisik di Rumah Sakit Polri Kramat Jati itu dilakukan pada Rabu (23/6/2010) kemarin. Penyidik pun masih menunggu hasil tersebut.

Kepala Bidang Penerangan Umum Polri Komisaris Besar Marwoto Soeto menuturkan dalam cek fisik tersebut, tubuh Luna diperiksa secara keseluruhan. Kemudian, pihaknya membandingkan hasil cek fisik tersebut dengan video porno yang beredar di jagat maya itu.

"Ya diukur payudaranya, diperiksa tato, serta toh (tanda lahir)-nya. Tanda-tanda fisik, gigi, anatomi tubuh, serta pengukuran-pengukuran. Tanda fisik kan ada yang tampak dan tidak tampak. Yang tidak tampak misalnya di dalam pakaiannya," ungkap Marwoto saat ditemui di Mabes Polri, Jakarta, Kamis (24/6).

Berdasarkan cek fisik, menurut dia, ada beberapa tanda yang ada di tubuh Luna. Namun, ia enggan membeberkannya secara rinci kepada media. "Tanda itu ada tanda lahir dan tanda yang dibuat setelah dewasa. Saya juga belum tahu tanda lahir di mana saja. Hasilnya saya belum tahu," tandas Marwoto.

Read more »

ARIEL TURUT BERAKSI DENGAN LELAKI?????


JAKARTA: Ketika industri hiburan di Indonesia kecoh dengan penahanan Ariel kerana melakukan adegan porno dengan dua artis secara berasingan, bekas penyanyi Peterpan itu rupa-rupanya turut melakukan aksi serupa dengan lelaki.

Ketua Penerangan Awam, Ibu Pejabat Polis Jakarta, Marwoto Soeta mengaku menemui sejumlah pita yang merakamkan aksi Ariel dengan golongan berkenaan.

Namun Morwoto menjelaskan, setakat ini pihak penyelidik akan memberi tumpuan kepada tiga video porno penyanyi itu yang didakwa dilakukannya bersama model Luna Maya dan artis Cut Tari.

“Setakat ini pihak kami telah menemui 32 buah video yang mana empat daripadanya adalah aksi dia dengan laki-laki,” katanya kepada portol inilah.com semalam.

Laman portal itu turut menerima maklumat selain gambar-gambar Ariel dengan wanita, penyanyi itu turut merakamkan gambarnya dengan beberapa lelaki yang belum dikenalpasti identitinya.

Semalam, pihak polis Jakarta mengesahkan video porno yang tersebar dan diperkatakan umum ketika ini adalah milik Ariel dan dia akan didakwa selepas beberapa pemeriksaan forensik dijalankan.

Selepas ditahan polis pada Selasa lalu, Ariel di tempatkan di sebuah penjara sementara menanti hasil pemeriksaan ke atasnya selesai.

Selain Ariel, Luna Maya dan Cut Tari turut dipanggil polis untuk membantu siasatan kerana mereka juga dikatakan terlibat “berlakon” dalam aksi di ranjang itu.

Mstar

Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive