Content

Showing posts with label AKADEMI FANTASIA. Show all posts
Showing posts with label AKADEMI FANTASIA. Show all posts

SHAHIR AF8 KEMALANGAN!

Tuesday, September 21, 2010
PETALING JAYA: Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak.

Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro.Menurut ibunya, Mahanum Osman, 45, tiada apa yang mampu diluahkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi setelah mendengar berita anak sulungnya itu selamat daripada kemalangan tersebut.Shahir terselamat dalam kemalangan jalan raya pada pukul 6.30 petang, Isnin di lebuh raya Bidor ke Sungkai semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Dia turut bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan kenderaan dan orang lain.

Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir pada bulan Ramadan baru-baru ini.

“Shahir dan kawannya, Aman yang berada dalam kereta itu selamat. Alhamdulillah. Cuma keretanya remuk teruk di bahagian belakang dan hadapan.

“Shahir cuma mengadu sakit-sakit badan dan bengkak sedikit di bahagian kepalanya akibat terhantuk. Dia sudah mendapatkan rawatan doktor dan membuat laporan polis. Alhamdulillah doktor kata dia okey dan memberikan ubat tahan sakit.

“Tetapi dia belum membuat rawatan x-ray. Bagaimanapun, saya berharap supaya dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman. Sekarang, dia sedang berehat di rumah dan menghantar keretanya ke bengkel,” kata Mahanum ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Bercerita tentang bagaimana Shahir boleh terlibat dalam kemalangan tersebut, Mahanum berkata waktu itu hujan lebat dan cermin kereta Shahir menjadi kabur.

“Air hujan di tepi lebuh raya itu begitu banyak sehingga Shahir merasakan kereta yang dinaikinya itu seperti terapung-apung. Lantas dia menekan brek dan selepas itu keretanya berpusing sebanyak lima kali sehingga melanggar pembahagi jalan.

“Selepas itu terus dia berhenti ke tepi jalan sebelum mendapatkan bantuan. Nasib baik kereta yang lalu-lalang di situ sempat mengelak dan tidak terlibat sama dalam kemalangan tersebut. Walaupun keretanya rosak teruk, tetapi pada saya yang penting Shahir dan kawannya selamat. Saya anggap semua yang berlaku ada hikmahnya,” ujarnya lagi.

Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, Shahir pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ini merupakan kemalangan besar kedua berlaku dalam hidupnya.
Read more »

TAHNIAH HELIZA KERANA BERGELAR PENGARAH URUSAN

Wednesday, August 4, 2010
KUALA LUMPUR: Penyanyi Heliza Helmi memperkenalkan artis baru di bawah syarikatnya, Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP) Isma (AF7), Arlyn dan Herman Tino sekaligus melancarkan single terbaru mereka.
Heliza bersama-sama artis dibawah naungan syarikatnya HHP yang dirasmikan oleh Datuk Paduka Dr Mumtaz Jaafar Foto DALILAH

Syarikat yang baru beroperasi secara rasmi pada Februari lalu itu bermula dengan pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan industri hiburan seperti menerbitkan album, pengurusan artis, konsert, penerbitan filem, drama dan sebagainya.

Heliza yang merupakan Pengarah Urusan HHP, itu memberitahu artis-artis dibawah pengurusannya dipilih mengikut perbincangan yang dibuat secara bersama.

"Buat masa ini saya, Isma, Arlyn dan Herman Tino sahaja yang menjadi di bawah syarikat berkenaan dan mungkin dalam hujung tahun nanti akan berlaku penambahan.

"Selain itu juga kami mempunyai beberapa orang pemuzik serta seorang komposer khas untuk artis di bawah naungan HHP," ujarnya yang sedang dalam proses mengambil penyanyi veteran Datuk Khatijah Ibrahim.

Pada majlis memperkenalkan syarikatnya itu Heliza turut melancarkan single terbarunya berjudul, Hello, Isma dengan lagu berjudul Aku Bukan Pilihanmu, Arlyn Hafiz Jiwaku Milikmu dan Herman Tino dengan single bertajuk Amit-Amit Jabang Bayik. Kesemua lagu itu dicipta oleh komposer baru Mohd Altas.

Dalam pada itu, Heliza dalam proses pengembangkan syarikatnya untuk menerbitkan sebuah filem bersama pengarah terkenal Afdlin Shauki dan Ahmad Idham.

"Kami sedang merancang dan semua masih lagi dalam peringkat perbincangan. HHP akan bekerjasama dengan Afdlin Shauki dan dijangkakan akan memulakan penggambaran selepas Hari Raya nanti.

"Artis-artis HHP juga akan diberi peluang untuk berlakon dalam filem tersebut," jelasnya.

Sementara itu, penyanyi berusia 24 tahun ini turut mencuba bakat mengubah lagu dan menulis lirik sendiri sebagai permulaan untuk dia berjinak-jinak sebagai komposer.

"Percubaan pertama saya mengubah dan menulis lirik lagu untuk single terbaru saya berjudul Chord G yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Insyaallah selepas ini saya juga akan menyumbangkan lagu kepada artis-artis dibawah pengurusan kami," jelasnya.

Mengulas tentang kehidupan peribadi, Heliza mengakui terlalu sibuk dengan kerjaya dan menguruskan syarikatnya sehingga tiada masa untuk memikirkan soal peribadinya.

"Sekarang saya fokus kepada syarikat dan terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk memikirkan soal peribadi. Soal jodoh mungkin bukan masanya lagi.

- mStar

Read more »

AMEYA AZIZAN BERI AMARAN...WOW!!!

Monday, July 26, 2010
PETALING JAYA: Penyanyi Amylea Azizan (gambar) meminta pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, Aziz Desa supaya menutup mulut serta tidak menyebarkan berita yang bukan-bukan termasuklah menuduhnya sebagai anak Langkawi yang lupa daratan.

Amylea yang dihubungi Mstar Online Isnin, berkata, dia kecewa dengan sikap pengacara itu yang masih membawa isu lama untuk memanaskan dunia hiburan dan bukan berusaha untuk memulihkan keadaan.

"Saya minta dia supaya tutup mulut dan jangan kaitkan apa-apa tentang diri saya. Cukuplah selama ini dia menyebarkan berita yang bukan-bukan terhadap saya," katanya.

Menurut Amylea, krisis diantara dia dengan Aziz Desa itu bermula kira-kira lima tahun lalu ketika pengacara itu menawarkannya menjadi duta Anti Fitnah di Langkawi.

Bagaimanapun Amylea terpaksa menolak tawaran itu kerana memikirkan masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Lagipun kata Amylea, dia bukan anak jati Langkawi dan hanya tinggal selama dua tahun sahaja di pulau itu kerana mengikut bapanya yang bekerja di sebuah hotel di sana.

Katanya disebabkan dia menolak tawaran tersebut, Aziz menuduhnya sebagai anak Langkawi yang lupa daratan sehingga timbul dakwaan mengatakan dia tidak mempedulikan ibu dan bapanya lagi.

"Walaupun peristiwa itu sudah lama tapi ia sering dibangkitkan, ramai yang menyindir mengatakan saya tinggalkan orang tua di kampung, padahal mereka tidak tahu hakikatnya kami sekeluarga sudah pun menetap di Kuala Lumpur.

"Percayalah walaupun saya bukan anak jati pulau itu tapi saya sangat berbangga tinggal di sana, Langkawi sebuah tempat yang sangat indah dan cantik bagi saya," ujarnya.

Amylea yang kecewa dengan tindakan itu memohon agar pengacara berkenaan memohon maaf diatas perbuatannya itu dengan segera.

- mStar
Read more »

AMELYA AZIZAN DAH LUPA DARATAN?

Kelakar! Itu sahaja yang terpacul dari mulut bila melihat screenshot di bawah. Bukan apa, kepada Amylea Azizan, tak salah jika anda ingin membenci Akademi Fantasia kerana kebanyakkan dari kami semua pun memang membenci Akademi Fantasia yang semakin-lama semakin tidak berisi.Tapi sebelum anda buat sesuatu, beribu mata sebenarnya memandang even di Facebook.

Amylea-Azizan


Rasanya satu Malaysia mengenali Amylea Azizan dari rancangan Akademi Fantasia musim ketiga yang ketika itu dimenangi oleh Mawi yang sudah tidak WORLD langsung sekarang ni. Siapa tak kenal Amylea Azizan ketika itu, seorang gadis tidak seberapa tinggi berasal dari Langkawi dengan rambut ala Mamee Slrrppp (anda juga jadi model Mamee Slrrppp selepas itu).

Mungkin Amylea Azizan lebih disenangi orang memanggilnya sebagai Amylea OIAM maklumlah selepas tidak berapa menjadi dengan AF, Amylea Azizan mencuba nasib dalam One In A Million musim ketiga. Semua orang hormati keputusan anda tetapi untuk anda join kelab anti-AF betul-betul menunjukkan yang anda sangat kelakar! Sungguh!

Apapun mungkin juga ada sesuatu yang tersembunyi disebalik apa yang dilakukan Amylea. Itu Amylea perlu jawab sendiri kenapa dan mengapa.


* Gambar terbaru Amylea milik Amrul Kareem.

Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive