Content

Showing posts with label BOGEL. Show all posts
Showing posts with label BOGEL. Show all posts

KERJAYA LUNA MAYA HANCUR SEKELIP MATA

Monday, August 2, 2010
KES video lucah yang melibatkan Luna Maya memberi impak yang sangat besar terhadap kerjaya artis cantik ini.

Sejak video tersebut tersebar ia sangat memberi kesan negatif kepada kontrak-kontrak yang melibatkan pekerjaan kekasih Ariel ini. Malah beberapa kontrak iklan Luna Maya dibatalkan tanpa sebarang budi bicara.

Sebelum kes video lucah tersebar, Luna Maya merupakan antara artis yang paling laris sebagai model iklan, pengacara tv dan juga bintang filem. Beberapa produk ternama pernah menjadikan wajah cantiknya sebagai jurucakap kepada produk mereka seperti XL, Lux dan juga Toshiba.

Selain menjadi bintang iklan, Luna juga dikenali dengan program televisyen popular Indonesia berjudul Dahsyat dengan bayaran yang agak lumayan.

Wajahnya yang mengelak dari dirakam oleh lensa kemera

Bukan itu sahaja, Luna juga sibuk menjadi sibuk mendapat tawaran di program-program televisyen lain seperti The Promotor dan sebagainya. Manakala dia juga terpilih menerajui beberapa buah filem sepanjang tahun lalu.

Namun begitu, apabila video lucahnya dan Ariel mula tersebar dan sampai ke pihak berkuasa, kerjaya jelitawan ini mulai merundum.

Beberapa produk iklan yang menggunakan wajahnya telah menamatkan kontrak secara serta merta. Manakala program Dahsyat turut menyingkirkan Luna dan menggantikannya dengan Astrid Tiar. Pihak produksi program itu mengambil keputusan selepas Luna menjadi disahkan menjadi tertuduh dalam kes tersebut.

Luna masih mengukir senyuman biarpun berat untuknya berhadapan dengan masalah itu

Kini, wajah Luna memang sudah jarang keluar di kaca tv melainkan berita tentang perkembangan kes tersebut yang juga melibatkan pengacara tv, Cut Tari.

Sebelum ini, ada khabar menyatakan Luna Maya bakal keluar dengan single terbarunya yang berjudul Tak Bisa Bersamamu ciptaan Pasha Ungu. Video klip lagu ini sudah dibuat dan diarahkan oleh penyanyi Tompi. Tetapi malangnya ia tidak diterima oleh mana-mana stesen televisyen Indonesia.

Banyak perubahan yang terjadi pada Luna Maya sejak kes video itu terjadi bukan sahaja menjadi bahan utama media Indonesia malah media dari luar negara.

Melalui rakaman terbaru Luna ketika ketika hadir untuk penyiasatan oleh pihak berkuasa, dia kelihatan lebih kurus dan tidak bermaya seperti selalu. Wajahnya juga kelihatan pucat tanpa sebarang solekan.

Read more »

ARJA LEE SERIK BERBOGEL?

Sunday, August 1, 2010
Serik! Itulah perkataan yang diucapkan Azaharudin Ramli atau Arja Lee, 26, apabila pengakuannya berbogel di dalam filem '...Dalam Botol', menjadi isu yang panas dan sering diperkatakan di antara media dan masyarakat di Malaysia.

Malah, Arja juga mengakui yang dia serik untuk berlakon dalam babak bogel lagi.

"Saya ambil isu ini sebagai teladan untuk lebih berhati-hati dalam setiap drama atau filem yang akan saya lakonkan supaya isu bogel ini tidak akan timbul lagi kerana ketika mendapat skrip filem ini pun saya tidak terfikir untuk melakukan sebarang scene bogel."Saya juga tidak sangka sikap keterbukaan dan kejujuran saya juga disalah erti. Saya juga akan lebih berhati-hati ketika memberi sebarang kenyataan", katanya yang ketika ini masih lagi melanjutkan pengajian di kampus Universiti Sains Malaysia(USM), Pulau Pinang.

Menjelaskan lebih lanjut tentang isu tesebut, Arja berkata, filem '...Dalam Botol' itu tidak akan memaparkan sebarang scene atau gambarnya berbogel.

"Sebaliknya, apa yang dipaparkan nanti adalah scene saya memakai tight yang mengikut warna kulit. dam bukannya scene yang sepenuhnya saya berbogel. Scene yang diambil selama 2 hingga 3 saat itu juga tidak menampakkan warna kulit saya, malah tubuh saya hanya nampak seperti samar-samar bayangan dan gelap sahaja.

"Selain itu, apa yang saya nak nyatakan di sini, ketika scene itu diambil hanya ada tiga orang lelaki sahaja yang berada di situ iaitu camera man, make up artist dan pemegang lighting ", tegasnya.

Namun Arja Lee bersyukur kerana isu itu sudah semakin redha, namun dia mengakui disebabkan isu tersebut, dia hampir-hampir dibuang daripada universiti.

"Saya percaya perkara ini hanya datang dan pergi. Saya pun sudah belajar dari kesilapan. Alhamdulilah, setelah berjumpa dengan pihak atasan serta dekan saya di USM, mereka dapat menerima saya sebagai pelajar lagi asalkan saya tidak mengulanginya lagi", kata Arja yang kini sedang mengikuti pengajian tahun kedua di USM dalam jurusan Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan.

Selain sibuk menghadiri kelas dan menyiapkan tugasan pensyarah, dia juga giat menjalankan kegiatan seninya di USM selepas agak susah untuk melibatkan diri serta menerima tawaran berlakon drama dan filem.

"Saya kini sangat sibuk menjalani tugas sebagai seorang pelajar kampus. Saya juga banyak terlibat dengan teater dan menyanyi di dinner show dalam USM dan juga luar kampus.

"Saya hanya terlibat dengan filem '...Dalam Botol' sahaja selepas ini. Bukan tak mahu menerima apa-apa drama TV atau filem tapi saya mahu menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran saya.

"Kalau saya ada di sekitar area Lembanh Klang, mungkin juga saya boleh 'menyelit' ,tapi sebab jarak saya yang jauh di Penang ini , menyebabkan saya tak dapat berbuat demikian. Bagaimanapun saya percaya rezeki ada di mana-mana dan saya harap saya akan lebih berjaya dalam bidang seni selepas tamat belajar nanti", katanya.

MURAI
Read more »

(PHOTOS) ADIK FASHA SANDA YANG MENGGHAIRAHKAN...

Saturday, July 24, 2010
Gambar yang diterima kepada penulis agaknya mengejutkan. Gambar yang didakwa adik kepada pelakon kontroversi Fasha Sandha ini sememangnya sungguh sosial dan seksi.

Bersama-sama lelaki dalam pelukan manja lagi tu, yang itu tidak dipastikan samaada ianya berstatus suami atau sekadar kekasih. Kalau ini adik yang didakwa kepada Fasha Sandha berkenaan, diharap Fasha bolehlah membimbing adik kesayangannya itu selepas ini. Insyallah.

gambar berbaju putih yang didakwa gambar adik Fasha diatas

Read more »

SANDRA DEWI PULA DIKAITKAN DENGAN ARIEL PETERPORN?

Thursday, July 22, 2010
JAKARTA 22 Julai – Seorang lagi aktres jelita Indonesia dilaporkan terbabit dengan skandal seks vokalis Peterpan, Nazril Ilham alias Ariel, namun kali ini ia membabitkan hanya gambar lucah pelakon tersebut.

Gambar-gambar berani Sandra Dewi, 26, dikatakan terdapat dalam komputer riba milik Ariel, yang turut memuatkan video lucah dengan Luna Maya dan Cut Tari sebelum ini.Polis bagaimanapun enggan mengulas mengenainya kerana sebarang maklumat daripada komputer riba itu adalah sebahagian daripada penyiasatan yang perlu dirahsiakan.

“Kalau soal itu saya tidak mahu mengulas. Kalau benar sekalipun, saya tidak akan mengatakan apa-apa mengenainya,” tegas jurucakap polis kebangsaan, Marwoto Soeto kepada pemberita.

Polis juga enggan mengulas tentang khabar angin wujudnya 23 video lain dalam komputer riba tersebut.

Sementara itu, Luna Maya hari ini diperintah melapor diri dua kali seminggu di ibu pejabat polis selepas dinamakan sebagai suspek, sehingga kes itu dibicarakan di mahkamah.

Namun Cut Tari dikecualikan kerana memberi kerjasama dan pengakuan terlibat dalam kes video seks yang menggegarkan Indonesia itu.

Peguam kepada Cut Tari, Hotman Paris Hutapea menyatakan, di antara ketiga-tiga selebriti yang menjadi suspek kes video itu, hanya Luna Maya yang dikehendaki melapor diri dua kali seminggu.

“Yang wajib lapor itu hanya Luna Maya kerana yang saya tahu dari ketiganya baru Cut Tari sahaja yang mengaku,” katanya.

Hotman kini sedang mempersiapkan Surat Perintah Penghentian Penyiasatan (SP3) terhadap kes anak guamnya itu yang mana dia menegaskan undang-undang pornografi tidak boleh dikenakan kerana rakaman dibuat pada tahun 2006 sedangkan undang-undang itu dikuatkuasakan pada 2008.

– AGENSI
Read more »

USIA TIDAK MENGHALANG JULIANNE MOORE UNTUK BERAKSI!

Saturday, July 17, 2010
Siapa yang tidak mengenali Julianne Moore. Pelakon ini pernah melakonkan pelbagai watak yang hebat untuk filem-filem Hollywood dan diantaranya termasuklah Laws of Attraction (2004) sudah pun menjangkau usia 49 tahun. Namun begitu, ianya tidak menghalang beliau untuk mempamirkan tubuhnya untuk iklan Bvlgari yang terbaru!

very nice aaa...

Read more »

(PHOTOS) BERBOGEL SAMBIL BERAMAL

Thursday, July 15, 2010
Kanada telah melarang penyiaran gambar iklan berbogel Pamela Anderson untuk sebuah NGO memperjuangkan hak-hak haiwan. Gambar tersebut menampilkan Pamela Anderson yang dilukiskan tubuh badannya dengan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan bahagian badan haiwan

Walaubagaimanapun, ini bukanlah kali pertama beliau beraksi untuk NGO tersebut dan bukan hanya beliau seorang yang menwarkan untuk berbogel sambil beramal. Ramai lagi artis-artis lain sanggup berbogel untuk menlancarkan kempen hak-hak haiwan.

Antara mereka adalah,


Read more »

ISU BOGEL : ARJA LEE SUDAH BERTEMU PIHAK USM

Wednesday, July 14, 2010
PETALING JAYA: Pelakon kontroversi, Arja Lee (gambar) atau nama sebenarnya Azharudin Ramli,25, telah bertemu pihak pengurusan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang Isnin lalu untuk menjelaskan insiden mengenai pengakuan bogelnya menerusi filem ...Dalam Botol.

Arja yang dihubungi di sini, Rabu berkata, dalam pertemuan itu dia telah memohon maaf kepada pihak universiti dan menjelaskan perkara sebenar mengenai apa yang terjadi.

“Saya telah bertemu dengan beberapa pihak di USM dan mereka telah mendengar penjelasan saya selain saya juga turut mendengar nasihat daripada mereka,” katanya kepada Mstar Online.Arja yang merupakan pelajar tahun dua peringkat Ijazah Sarjana Muda, Lakonan dan Pengarahan di universiti itu berkata, dia gembira kerana pihak USM turut memuji tindakannya membuat permohonan maaf mengenai apa yang berlaku.

Selebihnya kata Arja dia tidak mahu mengulas kerana telah diarahkan berbuat demikian supaya masalah tersebut tidak terus berpanjangan.

“Sekarang saya mahu menumpukan perhatian terhadap kuliah saya di universiti dan selepas ini tidak mahu lagi untuk memberi apa-apa komen berhubung insiden itu,” katanya.

Pengakuan berani Arja dalam beberapa media mengenai kesediaannya berbogel dalam filem tersebut mengundang pelbagai persepsi negatif daripada pelbagai pihak malah dianggap satu perbuatan tidak bermoral.

Perbuatan itu turut mendapat reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan sesuatu terhadap pelakon itu.

Sementara itu Raja Azmi Raja Sulaiman yang sebelum ini mengesahkan filem tersebut telah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) menjelaskan belum mendapat surat “hitam putih” daripada agensi itu.

Raja Azmi yang juga penerbit filem tersebut berkata, sebelum ini dia hanya mendengar keputusan berkenaan secara lisan tetapi tidak menerima apa-apa surat ...Dalam Botol telah diluluskan untuk tayangan.

“Saya yakin apabila timbul isu ini, mereka (LPFM) akan membuat penilaian semula untuk memotong beberapa babak yang terdapat dalam filem itu. Saya tak mahu fikir apa-apa lagi sebaliknya menyerah kepada pihak berkenaan untuk membuat keputusan,” katanya menerusi kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada wartawan Mstar Online.

Mstar Online
Read more »

BABAK BOGELSUDAH DIPADAM - KHIR

Tuesday, July 13, 2010
DI lokasi penggambaran filem, orang yang paling berkuasa dan mempunyai 'kuasa eksekutif' ialah pengarah.

Pengarah lazimnya merupakan kapten dan boleh membuat apa saja keputusan yang baik untuk produksinya.

Persoalannya, apa sudah jadi dengan pengarah Khir Rahman yang mengemudi filem … Dalam Botol?

Bagaimana dia boleh membiarkan aktor di bawah jagaannya berbogel hanya semata-mata untuk menjayakan babak mandi? Mustahil kalau Khir tidak mengetahui hal itu berlaku?

Kepada Khir kami lontarkan soalan itu. Sebagai orang lama dalam bidang seni, Khir tidak pula melatah, biarpun dia sebetulnya terkejut kerana Arja Lee mengeluarkan kenyataan itu dan sekali gus membenarkan dirinya 'dibelasah' oleh anggota masyarakat.

"Apabila membaca kenyataan Arja Lee dalam Pancaindera tempoh hari, saya terkejut juga kerana sebenarnya babak Arja mandi berbogel langsung tidak masuk ke proses suntingan.

"Ini kerana selepas penggambaran babak mandi bogel dan setelah berbincang dengan Raja Azmi, kami sepakat untuk membuang sahaja rakaman itu kerana kami sedar ia tidak sopan," kata Khir menjelaskan situasi sebenar.

Sebagai pengarah, Khir sangat menghormati prinsip berkarya pelakon-pelakon di bawah jagaannya dan kerana itu dia memberi kebebasan kepada Arja untuk membuat tafsiran sendiri mengenai babak itu termasuk kesediannya berbogel.

"Bagaimanapun ketika penggambaran babak itu, saya hanya berada di depan monitor, tidak di tempat berkenaan. Semasa rakaman babak itu pun, visual Arja tidak nampak jelas. Ia sekadar imej kabus dan digambarkan daripada paras pinggang ke atas.

"Bagi saya babak mandi itu ( bukan mandi bogel) amat penting kerana ia menggambarkan luahan hati Ruby selepas menjalani pembedahan jantina dan ia menjawab rahsia tentang dirinya," jelas Khir lagi.

Menurut Khir, walaupun kenyataan Arja telah menimbulkan kontroversi namun dia sedikitpun tidak marah kerana menganggap ia lahir daripada sikap keterujaan pelakon itu sendiri.

"Saya dapat rasakan Arja begitu teruja bukan sahaja kerana pertama kali berlakon filem dan diberi watak utama. Malah watak Ruby itu sendiri membuatkan Arja begitu teruja dan komitmen yang ditunjukkan itu membuatkan saya kagum dengannya," katanya.

Bagaimanapun kata Khir, sebagai orang seni dan orang filem, dia melihat kontroversi yang timbul itu daripada sudut positif kerana secara tidak langsung telah mempopularkan pelakon berkenaan.

"Kontroversi itu memang memberi kesan kepadanya kerana rata-rata sekarang orang mula mengenalinya.

"Bagaimanapun budaya kita tidak boleh menerima itu dan sesuatu yang saya kagum dia membenarkan dirinya ditegur dan menerima teguran kerana saya yakin manusia ini kadangkala terlupa," Khir mengagumi keterbukaan Arja menerima kritikan.

Namun menurut Khir, populariti yang dicipta Arja dalam waktu yang singkat itu bukanlah bersandar kepada kontroversi berkenaan semata-mata, sebaliknya lakonan Arja dalam filem berkenaan memang patut ditonton oleh peminat filem tanah air.

Bercakap mengenai naskhah ...Dalam Botol, Khir yang merupakan pilihan ketiga untuk mengarah filem ini berkata;

"Saya tidak pernah melihat saya sebagai pilihan ketiga kerana bagi saya ini semua soal rezeki. Lagipun sebelum diberi tanggungjawab untuk mengarah filem ini, saya telah terlibat dengan naskhah ini sedari mula.

"Saya dan Raja Azmi selalu bertemu kerana saya sering memenuhi undangan majlis di rumahnya. Bermula dari situ saya mengenali beliau sebenarnya. Sebab itu apabila beliau meminta saya membaca dan mengolak skrip ...Dalam Botol, saya menerimanya."

Bagaimanapun, kesediaan Khir mengarah naskah Raja Azmi yang berdasarkan kisah benar mengenai sahabat baiknya yang kini menetap di Sweden, bukan dilakukan sambil lewa.

Sebaliknya, Khir menjalankan kajian bagi memastikan ia dapat divisualkan sebaik mungkin dan hampir menepati apa yang diilhamkan oleh Raja Azmi.

"Saya bukan jenis orang yang suka menghukum atau menilai orang sebab itu sebelum tanggungjawab ini dilaksanakan saya banyak melakukan kajian.

"Sebagai pengarah tugas saya melahirkan filem ini agar ia dapat bercerita kepada penonton dan berkongsi cerita dengan seseorang yang lain.

"Persoalan mengenai lelaki transeksual bukanlah satu persoalan yang biasa dengan masyarakat kita, jadi garapannya memainkan peranan penting agar tidak disalah anggap," akui Khir.

Bagaimanapun kata Khir, ia tidak melihat tema yang ditonjolkan dalam filem ini akan menjadi kontroversi cuma ia sekadar memberi penjelasan dan pendedahan kepada masyarakat.

"Saya berdoa dan berharap sangat apabila peminat filem Melayu menonton ...Dalam Botol dengan fikiran terbuka dan cuba lihat apa yang tersirat bukannya apa yang tersurat.

"Tetapi apa yang pasti filem ini bukan untuk menyampaikan mesej sebaliknya ia memaparkan sebuah cerita benar untuk kita kongsi bersama," kata Khir mengakhiri perbualan.

- Utusan
Read more »

ARTIS FEBY FABIOLA DIINTIP KETIKA KENCING

Saturday, July 10, 2010
Artis jelita Indonesia, Feby Fabiola telah menjadi mangsa "peeping tom" disebuah pusat membeli belah di Jakarta. Perlakuan beliau telah dirakam ketika beliau membuang air kecil di tandas pusat membeli belah tersebut.

Mengikut laporan Detikpost.net, pengintip tersebut telah dikenal pasti sebagai seorang mahasiswa dari Univesiti di Selatan Jakarta. Namanya Yogi.

Tapi bila melihatkan kejelitaan Feby ni...sapa yang tahan...layannn...
Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive