
Baru-baru ini, Amy pernah dituduh menipu duit orang, namun selepas ditemuramah pihak wartawan dia menafikan sekeras-kerasnya, sebaliknya menjelaskan dia sendiri yang telah ditipu oleh beberapa pihak tertentu.

Menurut sumber pula, Amy berkata dia melakukan kesilapan kerana memberi kepercayaan kepada seorang rakan menguruskan konsert itu sehingga menimbulkan pelbagai masalah lain.
Malah dia sendiri rela sekiranya syarikat itu ingin mendakwanya di mahkamah. Ia kerana dia tidak tahu menahu pasal perlu membayar kos pengangkutan itu kerana difahamkan ia ditaja.
Ironinya, syarikat terbabit mendakwa Amy berjanji ingin membayarnya. Malah penyanyi itu dikatakan telah memberi 3 cek, tetapi malangnya ia adalah cek tendang. Baki perkhidmatan yang didakwa belum dibayar sehingga kini adalah kira-kira RM200,000.
Sumber itu turut melaporkan, syarikat Manaf mendakwa pihaknya berulang kali cuba menghubungi Amy. Lama-kelamaan, Amy sering mengelak, malah panggilan serta surat tuntutan tidak dilayan.
Menurutnya, walaupun kecewa dengan sikap penyanyi itu, pihak Manaf masih bersabar dan menggunakan cara rasmi untuk menuntut pembayaran seperti menghantar surat selain berusaha menghubunginya.
Murai Batu merasakan, ada baiknya syarikat terbabit mengambil tindakan undang-undang kalaulah semua tuduhan ini benar. Tapi apa yang penting semua ini perlu dilengkapkan dengan bukti-bukti bertulis yang mempunyai tandatangan kedua-dua pihak. Kalau tak, semua ini tidak berguna.
Murai.com.my