Content

Showing posts with label NORMAN HAKIM. Show all posts
Showing posts with label NORMAN HAKIM. Show all posts

NORMAN & MEMEY BERTUNANG - ABBY TAK MAHU MASUK CAMPUR!

Tuesday, August 31, 2010
PELAKON Arbaeyah Abdul Manan (Abby Abadi), 32, enggan mengulas keputusan bekas suaminya, Mohd Nor Hakim Zaidon (Norman), 34, untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Suhaiza Suhaimi (Memey), 22, pada Hari Raya keempat nanti.

Malah dia enggan masuk campur urusan pasangan tersebut kerana menganggap ia tidak ada kena-mengena dengannya lagi.

Abby dan Norman bercerai pada 18 Disember 2008."Saya tidak berminat nak tahu dan komen mengenai pertunangan mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Selasa lalu media melaporkan Norman dan Memey membuat keputusan untuk bertunang pada Hari Raya keempat di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Keputusan itu dipersetujui apabila Norman berkunjung ke kampung Memey dan selepas keluarga mula berbincang untuk mengadakan majlis pertunangan tersebut.Majlis kenduri dan persandingan pula dijangka dilangsungkan pada awal tahun depan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada Abby akan mengikut langkah pasangan tersebut untuk bertunang dengan pelakon baru Gerak Khas, Zulkifle Ariffin, Abby berkata, dia tidak pernah memikirkan perkara tersebut.

"Tidak ada dan tidak pernah terfikir ke arah itu," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Gerak Khas dan telefilem berjudul Sabar.

-mSTAR
Read more »

NORMAN HAKIM DAN MEMEY AKAN BERTUNANG PADA HARI RAYA KE 4

KUALA LUMPUR, 31 OGOS 2010: Selepas kes ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dua tahun lalu, pasangan kontorversi, Norman Hakim dan Memey Suhaiza akhirnya nekad mengambil keputusan untuk melangkah ke tahap seterusnya perhubungan mereka dengan mengikat tali pertunangan.

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi yang ditemui selepas majlis pelancaran filem Aku Bukan Tomboy semalam kelihatan sangat gembira ketika memberitahu murai.com.my mengenai perkara itu."Terus terang saya katakan, keputusan ini diambil secara tiba-tiba sejak beberapa hari lepas dan kami tiada apa-apa perancangan pun sebelum ini. Itupun setelah abang Norman menyatakan hasratnya untuk masuk meminang saya.

"Jadi selepas berbincang, kami pun sebulat suara untuk mengadakan majlis merisik dan meminang sekaligus pada 13 September ini iaitu raya ke-4 di rumah keluarga saya, Kota Tinggi Johor", jelasnya yang sentiasa tersenyum ketika di temubual.

Menurut Memey lagi, dia yang masih belum membuat apa-apa persiapan untuk majlis tunangnya itu bagaimanapun belum pasti berapa lama tali pertunangannya itu diikat sebelum melangkah ke alam perkahwinan bersama Norman.

"Semua mengenai tarikh perkahwinan dan wang hantaran akan dibincang oleh kedua-dua belah pihak keluarga ketika majlis pertunangan kami kelak. Namun apa yang boleh saya katakan, kami tidak akan bertunang begitu lama dan mungkin hanya dalam masa dua hingga tiga bulan sahaja selepas bertunang kami akan berkahwin.

"Kalau hendak diikutkan, saya lebih suka buat satu majlis yang wajib sahaja. Cukuplah majlis perkahwinan dan tidak perlu majlis yang kecil-kecil seperti merisik dan bertunang. Tapi, berbeza pula dengan abang Norman, dia mahu saya merasai semua itu sebelum kami diijab kabulkan.

Walaupun segala hantaran untuk majlis tunangnya belum ada apa-apa persiapan lagi, namun Memey telah pun menempah baju untuk hari bahagianya itu nanti.

"InsyaAllah segala hantaran pertunangan akan saya siapkan dua hari sebelum raya kerana selepas itu saya tidak terlibat dengan apa-apa lakonan. Ketika ini hanya cincin tunang berbentuk belah rotan sahaja sudah dibeli.

"Saya telah memilih tema pakaian berwarna putih dan Izwan Ismail adalah orang yang bertanggungjawab untuk mereka baju pertunangan saya nanti,"katanya yang akan memakai baju raya rona merah sedondon dengan Norman lebaran ini.

Memey tidak dapat membuat persediaan awal untuk majlis pertunangannnya itu kerana sedang sibuk menjalankan pengambaran telemovie Osman Berani untuk saluran Astro Ria sepanjang Ramadan ini.

- Murai
Read more »

MEMEY DAN NORMAN BERANTAKAN?

Monday, July 19, 2010
Lebih seminggu lalu, rakan sekerja GUA telah mendapat perkhabaran kononnya Memey sudah beralih kasih daripada Norman Hakim. Awalnya, sukar juga untuk kami mempercayai cerita yang disampaikan itu. Apatah lagi sebelum ini, baik Memey mahupun Norman begitu asyik berkongsi perancangan perkahwinan mereka dengan para media.

Namun begitu, apabila terbaca temuramah bekas isteri Norman, Abby Abadi di dalam Harian Metro beberapa hari kemudian - 'SMS Memey kejutkan Abby' - kenyataannya seakan mengiyakan gosip mengenai terputusnya cinta Memey dan Norman.Dedah Abby, dia telah menerima SMS daripada Memey yang mengharapkan agar dia berbaik semula dengan Norman. Komen Abby seterusnya membawa kepada 1,001 persoalan.

“Saya tak tahulah apa yang berlaku pada hubungan mereka sekarang kerana selama ini daripada cara mereka bercerita pada media, nampak macam pasangan kekasih yang bahagia.

“Pun begitu, saya juga tidak terkejut andai kata mereka sudah berpisah tetapi jangan memandai hendak mencampuri urusan hidup saya. Atau mungkin Memey mengirim SMS itu semata-mata untuk menarik perhatian saya."

Bagaimanapun, jika anda sempat membelek sisipan B*Pop hari ini, ruangan Teropong, gosip yang telah disampaikan mengenai Memey dan Norman itu ternyata jauh sekali tersasar.Dari mulut tuan empunya diri, Memey berkongsi bahawa perhubungannya dengan Norman "baik-baik saja" malah tarikh perkahwinan sudah ditetapkan pada 24 Julai. Persiapan termasuk pakaian pun sudah disiapkan. Tetapi apakan daya, jadual kerja masing-masing tidak mengizinkan. Kerana itu, perancangan mereka untuk bernikah pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan, kemungkinannya selepas Hari Raya Puasa nanti.

Gua.com.my
Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive