Content

Showing posts with label MOHD YASSIN RAHIM. Show all posts
Showing posts with label MOHD YASSIN RAHIM. Show all posts

MAIZAWATI KECEWA DENGAN DUDANYA!

Wednesday, August 11, 2010
Maizawati Zainal, 35, atau Maiza berasa agak kecewa dengan kenyataan bekas suaminya penyanyi Akhil Hayy yang mendakwa kononnya tidak dijemput menghadiri majlis nikah di antara dia dengan Mohd Yassin Ben@Abd. Rahim,23, yang berlangsung di Ipoh, Perak pada Isnin lalu.

Menurut Maizawati, dia ada menjemput penceramah bebas itu melalui anak mereka iaitu Siti Nor Maisarah,13, dan bukannya mereka-reka cerita seperti yang didakwa oleh lelaki tersebut.

“Saya tanya kepada Maisarah, abah datang tak? Dia jawab abah sibuk lagipun Wawa (Waheeda) tak berapa sihat. Terus-terang, saya tak reka cerita dan ada sampaikan kepada anak saya supaya mengajak abahnya datang ke majlis nikah saya.

“Selepas kami bercerai, dia (Akhil) menggunakan nombor telefon baru jadi kami tidak pernah berhubung selepas itu. Tetapi saya ada juga menjemputnya secara terbuka melalui akhbar Harian Metro,” ujar Maiza kepada mStar Online.

Isu berkenaan menjadi kecoh apabila Maizawati dikatakan mengundang Akhil ke majlis perkahwinannya tetapi dinafikan oleh penceramah bebas itu.

Dalam sebuah akhbar kata Akhil dia hanya mengetahui berita pernikahan bekas isterinya melalui seorang teman dan adalah mustahil untuk dia menghadiri majlis berkenaan kerana tidak dijemput.

Malah Akhil juga kecewa apabila Maizawati membuat kenyataan tanpa usul periksa dengan mengatakan isterinya iaitu penyanyi Waheeda sakit yang menyebabkan dia tidak dapat menghadiri majlis tersebut.

Katanya, dua anak mereka yang tinggal bersamanya hanya dihubungi pada saat-saat akhir agar dihantar ke Ipoh tetapi bukan diuruskan oleh Maizawati sendiri tetapi melalui abang Akhil.

Menjelaskan hal itu, Maizawati akui dia tidak dibenarkan berhubung secara langsung jika mempunyai apa-apa urusan dengan bekas suaminya.

“Apa-apa hal, saya diarahkan berhubung melalui abangnya dan dia sendiri mahu mesej saya dihantar melalui nombor telefon abang dia.

“Kalau boleh saya tak nak cakap banyak dan panjangkan isu ini lagi kerana masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri. Kenapa kami perlu bergaduh. Yang lepas biarkan berlalu. Buka buku baru,” tuturnya.

-mStar
Read more »

BEKAS ISTERI AKIL HAYY BAKAL AKHIRI ZAMAN JANDANYA...

Wednesday, August 4, 2010
SELEPAS dua kali terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinan, akhirnya bekas isteri kepada penyanyi nasyid Akhil Hayy, Maizawati Zainal,35, mengesahkan untuk bernikah dengan pasangannya, Mohd Yassin Rahim,23, pada 9 Ogos ini di Ipoh, Perak.

Majlis tersebut dijangka berlangsung selepas Zohor di salah sebuah masjid di Ulu Kinta, dalam suasana penuh sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media.

Wanita yang mesra dengan panggilan Maiza ini berkata dia dan pasangannya yang juga seorang Chef, menetapkan tarikh perkahwinan itu pada minggu lalu dan mahu melaksanakan yang wajib terlebih dahulu.
“Kadangkala apa yang kita rancang tu tak selalu menjadi. Tapi kali ini, kami tidak mahu merancang sangat dan berharap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan.

“Sebelum ini, kami banyak kerja dan komitmen lain sehingga beberapa kali terpaksa menangguhkan perkahwinan. Tetapi kali ini kami betul-betul nekad sebab selepas ini kami berdua akan bekerjasama untuk membuka perniagaan di Kuala Lumpur.

“Insya-Allah, pada bulan puasa ini, kami akan membuat bisnes produk Madu Herba Maiza dan menjadi ejen busana muslimah yang menjual baju kebaya, kebarung, jubah dan tudung,” kata duta Avon Intimate itu kepada mStar Online.

Maiza berkata, dia tidak menetapkan wang hantaran sebaliknya menerima mas kahwin sebanyak RM101 berserta lima dulang hantaran termasuk senaskhah al-Quran. Sementara pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran daripadanya.

“Selepas bernikah, kami akan membuat sedikit kenduri doa selamat di rumah saya. Setakat ini, kami belum merancang apa-apa majlis resepsi tetapi kalau ada rezeki Insya-Allah kami akan buat. Begitu juga sebelah pihak lelaki, kalau ada rezeki kami akan buat majlis pada tahun depan di Sabah,” ujarnya lagi.

Bakal suami Maiza berasal dari Likas, Sabah dan pernah bekerja sebagai Chef di Singapura. Atas kepakaran itu, pasangan yang berbeza usia 12 tahun itu juga merancang untuk membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Menariknya, Mohd Yassin bercadang untuk memasak menu lauk pengantin untuk upacara makan beradap. Sementara lauk-pauk untuk tetamu akan dimasak secara gotong-royong oleh keluarga dan jiran tetangga Maiza.

Maiza pernah berkahwin sebanyak dua kali termasuk dengan penyanyi dan penceramah Akhil Hayy. Mereka bercerai pada 15 Julai 2009 dan mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan itu. Maiza juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya.

Sementara Akhil telah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Waheeda.

-mStar
Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive