
Arja yang dihubungi di sini, Rabu berkata, dalam pertemuan itu dia telah memohon maaf kepada pihak universiti dan menjelaskan perkara sebenar mengenai apa yang terjadi.
“Saya telah bertemu dengan beberapa pihak di USM dan mereka telah mendengar penjelasan saya selain saya juga turut mendengar nasihat daripada mereka,” katanya kepada Mstar Online.

Selebihnya kata Arja dia tidak mahu mengulas kerana telah diarahkan berbuat demikian supaya masalah tersebut tidak terus berpanjangan.
“Sekarang saya mahu menumpukan perhatian terhadap kuliah saya di universiti dan selepas ini tidak mahu lagi untuk memberi apa-apa komen berhubung insiden itu,” katanya.
Pengakuan berani Arja dalam beberapa media mengenai kesediaannya berbogel dalam filem tersebut mengundang pelbagai persepsi negatif daripada pelbagai pihak malah dianggap satu perbuatan tidak bermoral.
Perbuatan itu turut mendapat reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan sesuatu terhadap pelakon itu.
Sementara itu Raja Azmi Raja Sulaiman yang sebelum ini mengesahkan filem tersebut telah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) menjelaskan belum mendapat surat “hitam putih” daripada agensi itu.
Raja Azmi yang juga penerbit filem tersebut berkata, sebelum ini dia hanya mendengar keputusan berkenaan secara lisan tetapi tidak menerima apa-apa surat ...Dalam Botol telah diluluskan untuk tayangan.
“Saya yakin apabila timbul isu ini, mereka (LPFM) akan membuat penilaian semula untuk memotong beberapa babak yang terdapat dalam filem itu. Saya tak mahu fikir apa-apa lagi sebaliknya menyerah kepada pihak berkenaan untuk membuat keputusan,” katanya menerusi kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada wartawan Mstar Online.
Mstar Online