Content

ONE SOFAZ BUKAN KEKASIH ANAK SAYA!

Monday, July 12, 2010
Sedikit hari dulu, portal hiburan murai.com.my pernah menyiarkan artikel tentang hubungan di antara pemain dram Sofaz, Wan Shah Baharom atau One, 28, dengan gadis bernama Ainul Syariza yang seusia dengannya.

Di dalam artikel itu ada menyebut bahawa gadis bertudung yang bekerja sebagai guru tingkatan di sebuah sekolah menengah itu adalah kekasih hati One. Mereka sudah lama kenal iaitu sejak dari zaman persekolahan lagi, malah mereka juga turut menuntut di sekolah yang sama tetapi kemudian terpisah dan setelah berjumpa, mereka kembali menjalinkan semula hubungan.

Sungguhpun begitu, laporan berita itu nampaknya tidak begitu disenangi oleh keluarga Ainul.

Malah, ibu kepada Ainul yang memohon agar namanya tidak disiarkan memberitahu murai.com.my bahawa dia dan keluarga sama sekali tidak merestui hubungan Ainul dengan pemuzik tersebut.
"Saya dan seluruh keluarga berasa amat malu apabila tersiarnya cerita ini. Memang saya dah tahu cerita ini lama dah tersiar di murai.com.my tetapi baru sekarang saya mengetahuinya. Itupun setelah dimaklumkan oleh beberapa ahli keluarga serta saudara-mara.

"Sebaik saja mengetahuinya, hati saya jadi betul-betul terguris. Begitu juga atuk dan nenek kepada anak saya Ainul yang sejak dari kecil menjaga serta memelihara mereka.

"Sebab kami tak sangka akan timbul cerita sebegini yang melibatkan Ainul. Kalau boleh, kami tak mahu Ainul ada kena mengena dengan One lagi. Saya dan seluruh keluarga memang tidak dapat menerimanya.

"Perkara ini pun sudah saya maklumkan pada One mahu pun dengan Ainul sendiri dan saya harap selepas ini anak saya tidak akan dikaitkan lagi dengan One," katanya.

MURAI.COM.MY

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive