
Pembantu Naib Presiden Unit Bakat dan Strategi, Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Norizan Abu Samah memberitahu pihaknya akan mengadakan perbincangan tentang perkara itu dalam masa terdekat.
"Saya telah diberitahu tentang hal tersebut oleh pihak Astro Prima tetapi belum berkesempatan untuk berbincang mengenainya lagi.

Bagaimanapun, percubaan mStar Online menghubungi pelakon Lagenda Budak Setan itu gagal kerana telefon bimbitnya tidak dijawab.
Sementara seorang pegawai perhubungan awam syarikat produksi Metrowealth yang dihubungi pula enggan memberi sebarang komen sehingga perbincangan dengan pihak Astro dilakukan.
Terdahulu pada sesi rakaman Kampung Prima : Babak 105, Farid yang memegang dua watak dalam drama itu tidak hadir sehingga menyebabkan pihak produksi terpaksa menukar skrip asal sitkom tersebut.
Penerbit Eksekutifnya, Nizam Hamid berkata perkara tersebut tidak seharuskan berlaku kerana ia telah menjejaskan rakaman yang sudah dirancang.
Farid merupakan salah seorang artis eksklusif Astro selain Lisa Surihani, Erra Fazira dan Aaron Aziz.
Masalah disiplin Farid sudah kedengaran sebelum ini apabila dia dikatakan sukar menjawab panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepadanya.
Akhirnya perkara tersebut terjadi kepada pihak Astro sendiri.