Content

Showing posts with label ASTRO. Show all posts
Showing posts with label ASTRO. Show all posts

ALMY NADIA BUAT RAZAK MOHAIDEEN BENGANG!

Thursday, August 26, 2010
EKORAN kegagalan pelakon Almy Nadia untuk menghadiri majlis pra tonton filem 4 Madu yang diadakan Rabu lalu, pengarah filem tersebut Prof. Madya A. Razak Mohaideen tekad untuk tidak bekerjasama dengan pelakon itu lagi pada masa akan datang.

Keputusan itu diluahkan oleh A. Razak kerana kekecewaannya dengan sikap tidak profesional Almy kerana enggan menyertai rangka promosi filem komedi itu yang sudah diaturkan sejak awal lagi.

Menurut A. Razak yang ditemui pada pra tonton majlis tersebut, pihaknya telah memaklumkan kepada Almy dan semua pelakon mengenai tarikh dan butiran majlis itu sejak dua bulan lalu bagi memudahkan para pelakon dan karyawan yang terbabit melapangkan diri pada hari berkenaan.

Namun, apabila dihubungi oleh pihak produksi yang mahu mengesahkan kehadiran Almy, pelakon itu sebaliknya memberitahu dia sudah terikat dengan jadual penggambaran di Melaka pada tarikh berkenaan.

"Tindakan Almy yang gagal hadir pada majlis pra tonton filem ini benar-benar mengecewakan saya. Bagi saya dia langsung tidak profesional bekerja dalam industri ini. Tak mungkin saya akan bekerjasama dengannya lagi di masa akan datang.

"Alasan yang diberikan bahawa dia sudah terikat dengan jadual penggambaran adalah tidak berasas dan tidak boleh diterima sebab pihak kami sudah maklumkan kepadanya mengenai tarikh majlis ini sejak dua bulan lalu," katanya.

Almy Nadia dianggap tidak profesional kerana gagal hadir di majlis itu tanpa alasan kukuh.

Ditanya adakah tindakan terhadap Almy itu disebabkan perselisihan faham yang pernah tercetus mereka sebelum ini, A. Razak berkata, faktor itu adalah tidak berasas langsung sebaliknya menyifatkan tindakan Almy sebenarnya sebagai tidak profesional.

"Kalau saya sebagai orang yang memperkenalkannya ke dunia lakonan pun boleh melupakan dan mengenepikan apa jua isu salah faham yang tercetus sebelum ini, mengapa tidak dia bertindak sewajarnya?

"Jika tindakannya yang enggan hadir pada majlis ini disebabkan terlalu beremosi dengan apa yang pernah tercetus, memang dia tidak profesional.

"Majlis ini diadakan bukan untuk saya dan filem ini semata-mata, malah untuk publisiti kepadanya sebagai pelakon filem ini juga," katanya.

Tambah A. Razak, jika pelakon-pelakon lain yang lebih popular dan berpengalaman seperti Saiful Apek, Rosnah Mat Aris, Fasha Sandha, Rozita Che Wan boleh meluangkan waktu untuk hadir tetapi kenapa Almy tidak boleh berbuat demikian.

"Pelakon-pelakon yang lain pun sibuk juga dengan jadual kerja masing-masing tapi atas dasar profesional mereka boleh tunjuk muka di majlis ini?" katanya.

Razak (tengah) bersama barisan pelakon filem 4 Madu yang bakal ditayangkan pada Hari Raya pertama ini.

Filem 4 Madu adalah filem komedi terbaru terbitan Lineclear Motion Picture Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studio dan Berjaya Film Production.

Ia mengisahkan dua adik-beradik tiri Azlan dan Azrul (kedua-duanya dilakonkan oleh Saiful Apek) yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain dan dipertemukan pada hari pembacaan wasiat tinggalan ayah mereka yang bernilai RM80 juta setiap seorang.

Demi memenuhi tuntutan wasiat itu, Azlan dan Azrul dikehendaki mengahwini empat wanita mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Bermulalah gelagat dan kelucuan masing-masing dalam meyempurnakan tugasan itu.

Filem 4 Madu ini bakal menemui penonton di pawagam pada awal bulan hadapan sempena sambutan Hari Raya.

Read more »

AWAL ASHAARI SEBAGAI TENTERA....

Tuesday, August 17, 2010
Awal Ashaari mengumumkan dalam Facebooknya mengenai tayangan terbaru telemovie kemerdekaan di Astro yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Telemovie tersebut menyaksikan Awal mengenakan uniform tentera dan kelihatan amat segak dan bergaya.

Baca lagi di bawah untuk melihat gaya beliau!


Read more »

FARID KAMIL YANG MENYUSAHKAN!

Sunday, August 15, 2010
PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil (gambar) akan dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung kegagalannya untuk hadir menjayakan rakaman program Hari Raya berjudul Kampung Prima: Babak 105, terbitan Astro yang di adakan Jumaat lalu.

Pembantu Naib Presiden Unit Bakat dan Strategi, Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Norizan Abu Samah memberitahu pihaknya akan mengadakan perbincangan tentang perkara itu dalam masa terdekat.

"Saya telah diberitahu tentang hal tersebut oleh pihak Astro Prima tetapi belum berkesempatan untuk berbincang mengenainya lagi."Namun kami juga telah menghubungi Farid untuk dia hadir dan menjelaskan hal tersebut. Kita mengambil berat perkara ini kerana ia berkaitan dengan masalah disiplin artis," ujarnya ketika dihubungi mStar online.

Bagaimanapun, percubaan mStar Online menghubungi pelakon Lagenda Budak Setan itu gagal kerana telefon bimbitnya tidak dijawab.

Sementara seorang pegawai perhubungan awam syarikat produksi Metrowealth yang dihubungi pula enggan memberi sebarang komen sehingga perbincangan dengan pihak Astro dilakukan.

Terdahulu pada sesi rakaman Kampung Prima : Babak 105, Farid yang memegang dua watak dalam drama itu tidak hadir sehingga menyebabkan pihak produksi terpaksa menukar skrip asal sitkom tersebut.

Penerbit Eksekutifnya, Nizam Hamid berkata perkara tersebut tidak seharuskan berlaku kerana ia telah menjejaskan rakaman yang sudah dirancang.

Farid merupakan salah seorang artis eksklusif Astro selain Lisa Surihani, Erra Fazira dan Aaron Aziz.

Masalah disiplin Farid sudah kedengaran sebelum ini apabila dia dikatakan sukar menjawab panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepadanya.

Akhirnya perkara tersebut terjadi kepada pihak Astro sendiri.
Read more »

MUHAMMAD ASYRAF JUARA IMAM MUDA MUSIM PERTAMA

Friday, July 30, 2010
Kemuncak Imam Muda Khamis malam yang diadakan di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berakhir dengan kemenangan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26.

Peserta berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu mengalahkan pesaing terdekatnya, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27. Juara sulung Imam Muda itu menerima biasiswa pakej 'Berlian' pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah.Beliau juga ditawarkan jawatan Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta Proton Exora.

Bukan itu sahaja, Asyraf juga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Di samping itu dia turut mendapat pakej menunaikan haji dan umrah serta pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, perabot jati bernilai RM10,000 dan pakej SPA Maghribi.

Asyraf melahirkan rasa terharu kerana terpilih sebagai juara rancangan itu untuk musim pertama.

"Saya berasa gembira bukan disebabkan saya dinobatkan sebagai juara. Namun saya lebih gembira kerana program ini dapat ditonton oleh umat Islam di seluruh dunia.

"Sasaran kemenangan ini bukan sahaja dinilai pada kejayaan individu itu, tetapi kejayaan kepada seluruh masyarakat dan Islam itu sendiri.

"Pada masa yang sama, kami sepuluh orang sebenarnya takut jika program ini telah memecah tradisi tetapi pesertanya tidak menunjukkan apa-apa kualiti.

"Insya-Allah kami akan cuba memberikan tunjuk ajar kepada masyarakat dengan sokongan yang ada," kata graduan Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur ini.

Bagi Hizbur, graduan Syariah Islam Universiti Al-Azhar yang berkhidmat sebagai guru tahfiz menerima kekalahannya malam ini dengan hati yang terbuka.

"Saya berasa bangga kerana program ini berjaya dengan lancar. Mungkin ada kekurangan dan kecacatan sebab kami tidak mempunyai contoh kerana kami generasi yang pertama (Imam Muda).

"Insya-Allah, kami akan menubuhkan kelas agama dan kelab untuk remaja," kata Hizbur.

Pemenang tempat kedua itu membawa pulang hadiah berupa biasiswa Pakej 'Emas' pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah, pakej menunaikan umrah dan pakej percutian ke Bandung selama 4 hari, 3 malam, perabot jati bernilai RM7,000 serta pakej SPA Maghribi.

Dia turut menerima sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, wang tunai RM15,000 trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Yayasan Antarabangsa Al Madinah turut berbesar hati menawarkan hadiah saguhati kepada lapan peserta lain, berupa biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Mereka turut menerima pakej percutian ke Bandung 4 hari 3 malam, pakej SPA Maghribi, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Sistem pemarkahan dikira berdasarkan ujian teori sebanyak 50 peratus dan praktikal masing-masing 20 peratus, manakala 30 peratus markah lagi ditentukan pada pusingan kemuncak.

Juri dan mudir yang mengadili program akhir malam terdiri daripada Pengetua rancangan itu, Datuk Hassan Mahmood serta dua tenaga pengajar, Ustaz Shahrizan Daud, Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang. Ia dihoskan Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Tidak seperti program realiti lain, format Imam Muda berasaskan modul pengajian yang berlandaskan agama dan akidah dan tidak sama sekali menerapkan elemen komersial.

Program siri pencarian pertama berunsur Islam ini tidak terikat dengan undian bebas khidmat pesanan ringkas (SMS). Peserta yang tersingkir masih mengikuti pengajian imam yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Antara ujian dan cabaran yang dilalui oleh 10 peserta Imam Muda termasuklah menguruskan jenazah yang tidak dituntut, memberi motivasi kepada kanak-kanak serta golongan dewasa di rumah perlindungan, operasi ke pusat penyembelihan dan rumah pelacuran serta memberi kaunseling kepada pasangan suami isteri bermasalah.

Sepanjang ia berlangsung, program ini mendapat liputan media luar negara termasuk BBC World, CNN, Al-Jazeera, Reuters, majalah Der Spiegel Magazine dari Jerman dan akhbar International Herald Tribune, New York. Kesemua wakil media berkenaan turut hadir ketika rakaman program berlangsung dan mereka memberi reaksi positif terhadap keindahan agama Islam yang ditampilkan melalui program itu.

Turut hadir dalam ada kemuncak itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Rancangan itu dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis.

- mStar
Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive