Content

Showing posts with label DALAM BOTOL. Show all posts
Showing posts with label DALAM BOTOL. Show all posts

ARJA LEE SERIK BERBOGEL?

Sunday, August 1, 2010
Serik! Itulah perkataan yang diucapkan Azaharudin Ramli atau Arja Lee, 26, apabila pengakuannya berbogel di dalam filem '...Dalam Botol', menjadi isu yang panas dan sering diperkatakan di antara media dan masyarakat di Malaysia.

Malah, Arja juga mengakui yang dia serik untuk berlakon dalam babak bogel lagi.

"Saya ambil isu ini sebagai teladan untuk lebih berhati-hati dalam setiap drama atau filem yang akan saya lakonkan supaya isu bogel ini tidak akan timbul lagi kerana ketika mendapat skrip filem ini pun saya tidak terfikir untuk melakukan sebarang scene bogel."Saya juga tidak sangka sikap keterbukaan dan kejujuran saya juga disalah erti. Saya juga akan lebih berhati-hati ketika memberi sebarang kenyataan", katanya yang ketika ini masih lagi melanjutkan pengajian di kampus Universiti Sains Malaysia(USM), Pulau Pinang.

Menjelaskan lebih lanjut tentang isu tesebut, Arja berkata, filem '...Dalam Botol' itu tidak akan memaparkan sebarang scene atau gambarnya berbogel.

"Sebaliknya, apa yang dipaparkan nanti adalah scene saya memakai tight yang mengikut warna kulit. dam bukannya scene yang sepenuhnya saya berbogel. Scene yang diambil selama 2 hingga 3 saat itu juga tidak menampakkan warna kulit saya, malah tubuh saya hanya nampak seperti samar-samar bayangan dan gelap sahaja.

"Selain itu, apa yang saya nak nyatakan di sini, ketika scene itu diambil hanya ada tiga orang lelaki sahaja yang berada di situ iaitu camera man, make up artist dan pemegang lighting ", tegasnya.

Namun Arja Lee bersyukur kerana isu itu sudah semakin redha, namun dia mengakui disebabkan isu tersebut, dia hampir-hampir dibuang daripada universiti.

"Saya percaya perkara ini hanya datang dan pergi. Saya pun sudah belajar dari kesilapan. Alhamdulilah, setelah berjumpa dengan pihak atasan serta dekan saya di USM, mereka dapat menerima saya sebagai pelajar lagi asalkan saya tidak mengulanginya lagi", kata Arja yang kini sedang mengikuti pengajian tahun kedua di USM dalam jurusan Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan.

Selain sibuk menghadiri kelas dan menyiapkan tugasan pensyarah, dia juga giat menjalankan kegiatan seninya di USM selepas agak susah untuk melibatkan diri serta menerima tawaran berlakon drama dan filem.

"Saya kini sangat sibuk menjalani tugas sebagai seorang pelajar kampus. Saya juga banyak terlibat dengan teater dan menyanyi di dinner show dalam USM dan juga luar kampus.

"Saya hanya terlibat dengan filem '...Dalam Botol' sahaja selepas ini. Bukan tak mahu menerima apa-apa drama TV atau filem tapi saya mahu menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran saya.

"Kalau saya ada di sekitar area Lembanh Klang, mungkin juga saya boleh 'menyelit' ,tapi sebab jarak saya yang jauh di Penang ini , menyebabkan saya tak dapat berbuat demikian. Bagaimanapun saya percaya rezeki ada di mana-mana dan saya harap saya akan lebih berjaya dalam bidang seni selepas tamat belajar nanti", katanya.

MURAI
Read more »

ISU BOGEL : ARJA LEE SUDAH BERTEMU PIHAK USM

Wednesday, July 14, 2010
PETALING JAYA: Pelakon kontroversi, Arja Lee (gambar) atau nama sebenarnya Azharudin Ramli,25, telah bertemu pihak pengurusan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang Isnin lalu untuk menjelaskan insiden mengenai pengakuan bogelnya menerusi filem ...Dalam Botol.

Arja yang dihubungi di sini, Rabu berkata, dalam pertemuan itu dia telah memohon maaf kepada pihak universiti dan menjelaskan perkara sebenar mengenai apa yang terjadi.

“Saya telah bertemu dengan beberapa pihak di USM dan mereka telah mendengar penjelasan saya selain saya juga turut mendengar nasihat daripada mereka,” katanya kepada Mstar Online.Arja yang merupakan pelajar tahun dua peringkat Ijazah Sarjana Muda, Lakonan dan Pengarahan di universiti itu berkata, dia gembira kerana pihak USM turut memuji tindakannya membuat permohonan maaf mengenai apa yang berlaku.

Selebihnya kata Arja dia tidak mahu mengulas kerana telah diarahkan berbuat demikian supaya masalah tersebut tidak terus berpanjangan.

“Sekarang saya mahu menumpukan perhatian terhadap kuliah saya di universiti dan selepas ini tidak mahu lagi untuk memberi apa-apa komen berhubung insiden itu,” katanya.

Pengakuan berani Arja dalam beberapa media mengenai kesediaannya berbogel dalam filem tersebut mengundang pelbagai persepsi negatif daripada pelbagai pihak malah dianggap satu perbuatan tidak bermoral.

Perbuatan itu turut mendapat reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan sesuatu terhadap pelakon itu.

Sementara itu Raja Azmi Raja Sulaiman yang sebelum ini mengesahkan filem tersebut telah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) menjelaskan belum mendapat surat “hitam putih” daripada agensi itu.

Raja Azmi yang juga penerbit filem tersebut berkata, sebelum ini dia hanya mendengar keputusan berkenaan secara lisan tetapi tidak menerima apa-apa surat ...Dalam Botol telah diluluskan untuk tayangan.

“Saya yakin apabila timbul isu ini, mereka (LPFM) akan membuat penilaian semula untuk memotong beberapa babak yang terdapat dalam filem itu. Saya tak mahu fikir apa-apa lagi sebaliknya menyerah kepada pihak berkenaan untuk membuat keputusan,” katanya menerusi kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada wartawan Mstar Online.

Mstar Online
Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive