Content

Showing posts with label MICHEAL JACKSON. Show all posts
Showing posts with label MICHEAL JACKSON. Show all posts

ANAK LUAR NIKAH MICHEAL JACKSON TIBA-TIBA MUNCUL....

Thursday, July 29, 2010
SEORANG wanita yang mendakwa menjadi anak luar nikah Raja Pop Michael Jackson (MJ) telah mengemukakan dokumen-dokumen untuk membuktikan pertalian darahnya dengan MJ.

Malah Petit Mocienne Jackson mendakwa kelahirannya pada 1975 cuba disembunyikan.

Dia mendakwa MJ telah menjalinkan perhubungan sulit dengan ibunya, Barbara sehingga mengandungnya. Media melaporkan Barbara ialah kakak kepada penyanyi Diana Ross.Mocienne memberitahu, ketika dia berumur 9 tahun, Katherine Jackson yang merupakan kakak MJ merancang untuk "menculiknya" dan menghantarnya ke Belgium .

Katanya, ini bagi menjaga reputasi MJ yang amat popular pada ketika itu.

Dalam dokumen yang difailkan ke mahkamah agung L.A. County, Petit juga mendakwa semua tujuh penculiknya telah dibunuh.

Mocienne yang kini tinggal di Belanda bercadang untuk tampil menuntut sebahagian haknya mewarisi harta pusaka MJ.

Dia sedang menunggu kebenaran hakim untuk memberikan kebenaran kepadanya melakukan ujian DNA.

Dia turut menuntut hak mengasuh anak-anak MJ sehingga dia dapat memberikan mereka kehidupan yang "lebih normal".
Read more »

KUBUR MICHEAL JACKSON DICEROBOH!

Wednesday, July 14, 2010
LOS ANGELES: Peminat bintang pop dunia Michael Jackson dilaporkan telah menceroboh masuk kubur penyanyi itu sehingga membuatkan kubur tersebut mengalami kerosakan.

Portal hiburan TMZ.Com pada Selasa melaporkan penceroboh meninggalkan beberapa mesej di tanah perkuburan Forest Lawn yang terletak di pinggir bandar raya ini.

Tanah perkuburan Forest Lawn di Glendale, California. - Foto AFP

Antara mesej yang diselitkan termasuk di celah-celah semak kubur itu ialah “rindu anda” dan “menyimpan mimpi anda hidup”.

Pegawai yang menjaga kubur itu cukup marah dengan perbuatan tersebut .

Seorang peminat Michael Jackson meletakkan sekuntum bunga di depan potret Raja Pop iti di Tokyo Tower, Tokyo pada 27 Jun 2010. - Foto AFP

“Kegiatan seperti ini adalah contoh kenapa penguatkuasaan dan larangan begitu ketat di sebuah makam agung dilakukan,” kata jurucakap itu.

Walaupun tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis tetapi jurucakap tersebut berkata sesiapa yang ditangkap menceroboh kubur akan “dilarang untuk hidup”.

Peminat Michael Jackson seluruh dunia menyambut ulang tahun pertama kematiannya pada bulan lalu melakukan majlis menyalakan lilin dan beberapa aktiviti lain untuk memperingati kehilangannya.

Dianggarkan lebih 5,000 kuntum bunga di letakkan di kawasan perkuburan tersebut.

Penyanyi itu meninggal dunia pada 25 Jun tahun lalu ketika berusia 50 tahun. Kematiannya dipercayai berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan di sebuah rumah sewanya di sini.

Bagaimanapun doktor peribadi penyanyi itu, Dr. Conrad Murray dituduh dengan sengaja menyebabkan kematian Jackson. Dia bagaimanapun menyangkal tuduhan itu. - AFP

Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive