Content

Showing posts with label MALAYSIAN MILLIONAIRE. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIAN MILLIONAIRE. Show all posts

PARIS HILTON MENAFIKAN BELIAU DIBAYAR OLEH JUTAWAN MALAYSIA

Friday, July 30, 2010
Sebelum ini, Paris Hilton dilaporkan berhibur bersama-sama seorang jutawan Malaysia, Taek Jho Low, di sebuah kelab di Perancis. Foto-foto mereka tersebar luas di internet. Kemudian timbul pula tuduhan ke atas beliau yang mengatakan beliau dibayar untuk berhibur seperti yang dilaporkan di contactmusic.com.

Namun begitu, perkara ini telah dinafikan oleh Paris melalui jurucakapnya di Hindustan Times.Wakilnya mengatakan Paris dan adiknya Nicky telah dijemput oleh Jho atas dasar kawan. Jho tidak membayar Paris sesen pun walaupun beliau adalah seorang yang pemurah dan baik hati.

Read more »

"PAKWE" PARIS HILTON MAHU BAWA SELEBRITI HOLLYWOOD KE MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Jutawan muda Malaysia, Jho Low yang mempunyai rangkaian sahabat terdiri daripada selebriti Hollywood akan memastikan rakan-rakan bintangnya itu datang melabur dan membuat penggambaran di Malaysia.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan akhbar The Star, Jho Low berkata, beliaumahu membawa sahabat baiknya, Jamie Foxx dan Leonardo diCaprio melakukanpenggambaran di negara ini.

Selain kedua-dua bintang filem itu, Jho Low juga diketahui bersahabat baik dengankeluarga Paris Hilton.

"Sebenarnya saya telah pun melontarkan idea ini kepada mereka dan mereka menaruhminat yang mendalam dan sekiranya ini menjadi realiti ia akan meninggalkan impakyang besar kepada industri pelancongan Malaysia," kata Jho Low anak kelahiranPulau Pinang yang berjaya membuat satu juta dollarnya yang pertama ketika berusia20 tahun.Malah syarikat milik Jho Low sendiri telah merancang untuk membuat beberapapelaburan yang meliputi dari dunia fesyen kepada industri hiburan terutamanyaperfileman.

Jho Low juga menceritakan yang dia dan Usher penyanyi rap antarabangsa yang barusahaja selesai mengadakan konsert di sini bercadang untuk melancarkan satu programkebajikan untuk membantu kanak-kanak di Malaysia mengembangkan bakat merekadalam dunia perniagaan yang berkaitan dengan industri hiburan.Dan ketika ditanya bagaimanakah perkenalan antara dia dan Usher bermula, Jho Lowmenjawab yang dia sebenarnya telah lama mengenali Usher.

"Saya bertemu dengan Usher di New York dan saya mempunyai satu projekkebajikan dengan Usher khusus untuk membantu generasi muda yang berminat dalamdunia perniagaan yang melibatkan industri hiburan.

"Kami membimbing dan mengajar mereka bagaimana hendak menulis pelanperniagaan iaitu sesuatu yang saya belajar ketika di Wharton Business Schooldahulu," kata Jho Low.

- mSTAR
Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive