Content

Showing posts with label PENYAMPAI RADIO. Show all posts
Showing posts with label PENYAMPAI RADIO. Show all posts

HALIM OTHMAN BAWA BAS BALIK BERAYA DI KAMPUNG

Thursday, September 16, 2010
HASRAT deejay SuriaFM, Halim Othman untuk membuat kejutan dengan membawa bas ekspres masuk ke kampung tercapai sehari sebelum Hari Raya.

Halim berkata, sejak 80-an sehingga kini, bas ekspres tidak lagi masuk ke kawasan kampung halamannya di Kampung Gelugor, Kerteh, Terengganu tetapi singgah di kawasan bandar sahaja.

"Apabila saya pulang ke kampung, penduduk di situ terkejut sakan dengan kehadiran bas ekspress memasuki kawasan kampung," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Halim balik ke kampung halamannya menerusi program Jom Balik Raya Bersama SuriaFM di perkarangan Stesen Keretapi Tanah Melayu.Halim berkata, dia julung kali balik kampung dengan menaiki bas ekspres kerana dia memandu kereta pulang ke kampung halaman sebelum ini.

Dia menyifatkan pengalaman itu cukup menyeronokkan kerana dia dapat berinteraksi dengan penumpang lain yang juga merupakan pendengar setia SuriaFM.

Perasaan teruja balik kampung itu, kata Halim, turut timbul apabila dia tidak pulang ke kampung halaman sejak bekerja selama tujuh bulan di SuriaFM kerana komitmen kerja.

"Ini adalah kali pertama saya balik ke kampung. Lebih mengujakan saya balik ke kampung untuk berhari raya," katanya riang.

Semasa berada di kampungnya, Halim berkata, dia bermain di tepi pantai serta menaiki bot ke laut bersama nelayan untuk menangkap ikan.

- mStar
Read more »

BUKAN CERAI, SEKADAR KAUNSELING - RAJA AZURA

Friday, August 6, 2010
KUALA LUMPUR: Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura, 38, menjelaskan kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam Selasa lalu adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bukannya mahu bercerai seperti yang dihebohkan.

Raja Azura atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin berkata, spekulasi mengatakan dia memfailkan penceraian untuk berpisah dengan suaminya Adzmin Tan Sri Osman, 37, adalah berita yang tidak benar sama sekali.“Saya mengaku pergi ke Mahkamah Syariah tetapi hanya untuk mendapatkan khidmat kaunseling mengenai rumah tangga kami,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat, bagi menjelaskan spekulasi kononnya dia memfailkan penceraian Selasa lalu.

Kata Raja Azura, selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga, dia tidak menafikan ada sedikit salah faham yang berlaku tetapi perkara itu merupakan lumrah kepada sesiapa sahaja yang bergelar suami isteri.

Tambahnya, jalan terbaik untuk menangani masalah rumah tangga adalah dengan menemui mereka yang arif dalam bidang agama bagi mendapatkan nasihat.

“Selepas sesi kaunseling kali pertama itu, kami akan mendapatkan nasihat untuk kali keduanya. Selepas itu kita tengoklah hasil yang akan diperoleh berdasarkan kaunseling tersebut,” katanya yang menjelaskan khidmat kaunseling itu diadakan secara tertutup.

Tambah Raja Azura lagi, sejak beberapa hari lalu dia tidak memberi sebarang ulasan bukan untuk melarikan diri sebaliknya mahu berbincang apakah jawapan terbaik untuk diberikan kepada pihak media supaya kenyataannya nanti tidak melukakan hati mana-mana pihak.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya dan mereka menjalankan peranan sebagai suami isteri seperti biasa.

"Sebelum saya adakan sidang media ini pun suami baru sahaja hubungi saya. Dia kata "good luck". Semalam pun (Khamis) saya memasak untuknya macam biasa," katanya.

Pengacara itu berkahwin dengan Adzmin iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7 dan Puteri Mkia Maizurah, 4.
Read more »

ISU CERAI : RAJA AZURA CUTI MENGEJUT!

Wednesday, August 4, 2010
PETALING JAYA: Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau nama penuhnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin,38, tidak hadir bertugas pagi Rabu selepas berita keretakan rumah tangganya disiarkan di kebanyakan akhbar.

Sumber stesen radio Sinar FM yang dihubungi memberitahu Raja Azura (gambar) sepatutnya tidak boleh “bercuti” kerana pada ketika ini seluruh stesen radio sedang melalui tempoh kaji selidik untuk mengetahui jumlah pendengar.

“Dia diberi cuti khas untuk menyelesaikan masalah peribadi,” kata sumber berkenaan tanpa memberitahu sampai bilakah pengacara itu akan bercuti.

Berikutan itu hanya Khairil dan Salih Yaccob sahaja bertugas mengendalikan segmen Sinar Pagi.

Berita keretakan rumah tangga pengacara itu yang dibina bersama suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, telah lama kedengaran tetapi ia dinafikan oleh Raja Azura.

Sebaliknya pelakon itu mendakwa rumah tangganya bahagia dan desas-desus yang diperkatakan itu hanyalah sekadar khabar angin.

RAJA Azura dan Adzmin Tan Sri Osman ketika pernikahan mereka pada Mac 2001. - Foto UTUSAN

Difahamkan Raja Azura telah menghantar permohonan berkaitan rumah tangganya di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selasa tetapi tidak diketahui apakah status permohonan tersebut.

Pihak mahkamah juga enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu.

Sementara itu seorang peguam yang dipercayai terlibat mengendalikan kes membabitkan Raja Azura tidak mengaku mewakili artis berkenaan.

Sebaliknya peguam tersebut terkejut bagaimana wartawan mengetahui berita tersebut.

“Kalau macam itu carilah (maklumat) dengan pihak mahkamah. Maaf saya ada pelanggan,” katanya

Raja Azura berkahwin dengan anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq,8, Megat Luqman Hakim,7 dan Puteri Mkia Maizurah,4.

Usaha Mstar Online menghubungi Raja Azura juga gagal kerana dia tidak menjawab panggilan telefon serta tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan.

- mStar
Read more »

RAJA AZURA BAKAL BERCERAI?

Tuesday, August 3, 2010
Murai Batu terkejut apabila mendapat tahu Penyampai Radio Sinar FM, Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku dikatakan bakal bercerai. Bukan sahaja Murai Batu tetapi seluruh warga media yang mendapat tahu berita berkenaan terkedu.

Malah hari ini ramai warga media telah berkumpul di Mahkamah Syariah Shah Alam, setelah mendapat tahu Kak Engku bakal hadir di sana.

Namun semuanya hampa apabila Kak Engku tidak hadir malahan keengganan pihak mahkamah memberikan kerjasama juga menyukarkan pihak media untuk menjalankan tugas.

Tetapi di kaunter mahkamah memang tertulis sebutan kes raja azura dalam kamar hakim tetapi tidak tahulah tentang kes apa, siapa yang datang atau mewakilinya dan lain-lain.

Mungkin hanya Raja Azura mampu meleraikan segalanya...Kalau betullah berlaku pastinya ada sebab mengapa perkahwinan yang telah lama berlayar itu menemui jalan titik nokhtahnya.

Murai.com

Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive