Content

Showing posts with label KONSERT. Show all posts
Showing posts with label KONSERT. Show all posts

KONSERT SITI DI PENANG BATAL!

Thursday, September 16, 2010
GEORGETOWN: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza (gambar) dilaporkan telah membatalkan konsert Hari Malaysia di Pulau Pinang atas nasihat daripada doktor.

Pembatalan konsert yang bakal menyaksikan Siti beraksi selama satu jam pada 25 September depan di Stadium Bandaraya itu diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Pada peringkat ini, kita sudah kesuntukan waktu untuk melakukan sebarang perubahan atau pindaan di saat-saat akhir, jadi kita memutuskan untuk membatalkan sahaja keseluruhan acara konsert itu.

"Kami kesal dengan apa yang berlaku tetapi kami menghormati masalah yang dihadapinya dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti," kata Lim yang dipetik daripada portal Star Online pada sidang media di pejabatnya di Komtar, Khamis.Tambah Lim, pihak kerajaan negeri menerima surat penarikan diri daripada syarikat pengurusan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd pada hari Rabu yang turut kepilkan bersama surat akuan daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Surat akuan itu menyatakan Siti tidak dibenarkan untuk berjalan jauh atau terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal sepanjang proses rawatan berlangsung," katanya.

Salinan daripada surat akuan itu menjelaskan "Siti Nurhaliza dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal yang berat termasuklah mengadakan konsert pada waktu ini."

Bagaimanapun, Lim enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai butiran surat akuan tersebut dan menyerahkan sebarang pertanyaan lanjut mengenai penyanyi itu kepada pengurus Siti sendiri.

Terdahulu, pelbagai laporan media menyatakan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sedang berusaha untuk mendapatkan anak. Penyanyi itu juga dilaporkan pernah mempertimbangkan untuk menjalani rawatan in-vitro fertilisation.

Menurut Lim, pihak Siti Nurhaliza Productions telah memulangkan semula bayaran pendahuluan sebanyak RM60,000 kepada kerajaan negeri dan turut bertanggungjawab di atas sebarang kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak penganjur ekoran pembatalan itu.

- mStar
Read more »

JAMAL ABDILLAH DIMALUKAN?

Thursday, July 29, 2010
Jamal Abdillah, satu nama besar dalam industri hiburan tanah air. Penyanyi yang mendapat gelaran ‘Raja Pop’ ini tidak pernah dilupakan peminat walaupun dirinya pernah dilanda beberapa episod hitam. Kelunakkan suaranya adalah ‘senjata’ utama dia terus kekal dalam industri.

Jadi, tidak hairanlah mengapa penyanyi berusia 51 tahun ini menjadikan bidang nyanyian sebagai nadi hidupnya. Jamal tidak pernah jemu mengorak langkah dalam memajukan karier nyanyiannya. Salah satu kejayaan terbesar Jamal ialah dia merupakan artis solo pertama mengadakan persembahan lima malam berturut-turut di Istana Budaya melalui konsert ‘Kembara Seni Jamal Abdillah’.Konsert yang diadakan pada 5 – 9 Ogos 2009 itu mendapat sambutan cukup memberangsangkan. Malah turut dihadiri tetamu-tetamu kehormat seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Bertitik-tolak atas kejayaan itulah, Jamal kini sedang merancang untuk mengadakan satu lagi konsert solo di pentas bertaraf antarabangsa itu. Mengikut perancangan, dia mahu ke Istana Budaya pada Januari 2011.

Namun, persiapan untuk konsert ini sedikit tercemar apabila ada pihak yang mendakwa Jamal enggan membayar khidmat sebuah agensi perhubungan awam dengan kadar yang dipersetujui.

Mengulas tentang perkara itu, Jamal memberitahu dia pun tidak sangka perkara itu akan digembar-gemburkan oleh pihak terbabit. Katanya, masalah itu timbul apabila dia menggunakan khidmat agensi terbabit untuk menghasilkan kertas cadangan untuk konsertnya pada Januari nanti.

“Saya sebenarnya terkilan dengan apa yang berlaku. Saya rasa seperti dimalukan! Ini semua adalah salah faham. Tidak perlukan diceritakan kepada pihak media. Segalanya boleh diperbetulkan dengan mengadakan perbincangan dengan saya. Memang pada mula saya setuju dengan harga yang dikenakan, tetapi saya jadi tidak puas hati apabila melihat hasil kerjanya.

“Semua maklumat yang diberikan oleh agensi itu boleh didapati secara terus dari Istana Budaya. Kalau begitu caranya, saya juga mampu buat kertas kerja itu,” jelas Jamal yang menggangap pihak itu menggunakan maklumat dari Istana Budaya untuk kepentingan peribadi.

Ditanya apakah tindakan awalnya untuk menyelesaikan masalah itu, Jamal menjelaskan dia sudah pun melunaskan 30 peratus daripada pembayaran sepenuhnya kepada agensi itu.

“Saya kecewa dengan insiden ini. Tetapi saya tidak mahu memanjang-manjangkan perkara ini. Saya sudah pun bayar RM500 kepada agensi itu. Pembayaran itu 30 peratus daripada bayaran sepenuhnya,” ujar Jamal.

Dalam pada itu, Jamal juga mengakui yang dia berkecil hati dengan tindakan agensi terbabit. Baginya, perbuatan agensi itu mampu mencalar imejnya. Atas sebab itu, dia menuntut supaya pihak terbabit tampil membuat permohonan maaf secara terbuka bagi membersihkan namanya.

Gua.com.my
Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive