Content

Showing posts with label SAMAN. Show all posts
Showing posts with label SAMAN. Show all posts

AMY LARI BAYAR HUTANG RM 200 000?

Thursday, July 29, 2010
Kesian pulak Murai Batu tengok dengan otai rock kita, siapa lagi kalau bukan Amy Search. Sejak kebelakangan ini, ada saja masalah yang dialaminya, terutamanya melibatkan duit.

Baru-baru ini, Amy pernah dituduh menipu duit orang, namun selepas ditemuramah pihak wartawan dia menafikan sekeras-kerasnya, sebaliknya menjelaskan dia sendiri yang telah ditipu oleh beberapa pihak tertentu.Yang tu pasal pelaburan. Tapi yang terbarunya pula, dia dikatakan telah menipu syarikat logistik Wanaf Logistics (M) Sdn Bhd (Wanaf) apabila dituduh gagal membayar kos perkhidmatan pengangkutan sebanyak RM200,000 sewaktu menjayakan Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru, tahun lalu.

Menurut sumber pula, Amy berkata dia melakukan kesilapan kerana memberi kepercayaan kepada seorang rakan menguruskan konsert itu sehingga menimbulkan pelbagai masalah lain.

Malah dia sendiri rela sekiranya syarikat itu ingin mendakwanya di mahkamah. Ia kerana dia tidak tahu menahu pasal perlu membayar kos pengangkutan itu kerana difahamkan ia ditaja.

Ironinya, syarikat terbabit mendakwa Amy berjanji ingin membayarnya. Malah penyanyi itu dikatakan telah memberi 3 cek, tetapi malangnya ia adalah cek tendang. Baki perkhidmatan yang didakwa belum dibayar sehingga kini adalah kira-kira RM200,000.

Sumber itu turut melaporkan, syarikat Manaf mendakwa pihaknya berulang kali cuba menghubungi Amy. Lama-kelamaan, Amy sering mengelak, malah panggilan serta surat tuntutan tidak dilayan.

Menurutnya, walaupun kecewa dengan sikap penyanyi itu, pihak Manaf masih bersabar dan menggunakan cara rasmi untuk menuntut pembayaran seperti menghantar surat selain berusaha menghubunginya.

Murai Batu merasakan, ada baiknya syarikat terbabit mengambil tindakan undang-undang kalaulah semua tuduhan ini benar. Tapi apa yang penting semua ini perlu dilengkapkan dengan bukti-bukti bertulis yang mempunyai tandatangan kedua-dua pihak. Kalau tak, semua ini tidak berguna.

Murai.com.my
Read more »

AC MIZAL BENGANG!

Monday, July 19, 2010
Dipetik daripada Facebook milik AC Mizal: Lagi kita diam lagi dia (Shafnie Zainudin) naik tocang,Mahkamah dah larang dia tetap nak buat, dah dua kali di Mahkamah dia kalah sebab tak ada bukti yg saya gagal membayar dia failkan kembali, nak tipu masyarakat sebab nampak baik? setiap nafkah yg saya berikan ada reeceipt, sekarang siapa yg salah!


TETAPI ini dah melampau, so terimalah saman! kepada masyarakat yg tak tahu cerita.... DIAM... sebab saya ada bukti yg saya betul, so yg mulut celupar diam n saksikan saya pulak beraksi, kita tak nak mengaibkan tetapi kalau dah melampau kau terimalah padahnya, biar masyarakat tahu siapa sebenarnya yg menipu.... 9 tahun aku tahan!

Read more »

ZAHNITA PULAK KENA SAMAN

Monday, July 5, 2010

KUALA LUMPUR 5 Julai – Belum pun perbicaraan kes samannya terhadap syarikat tekstil Gulatis Exclusive Sdn. Bhd. didengar, kini model Zahnita pula disaman Gulatis kerana mengeluarkan pernyataan fitnah kepada syarikat itu.

Dalam saman fitnah yang difailkan Februari lepas, Gulatis menuntut gantirugi RM30 juta bagi gantirugi fitnah, teruk dan teladan, faedah, kos dan perintah injunksi bagi menghalang Zahnita sama ada secara sendiri atau melalui ejennya mengeluarkan semula perkataan fitnah itu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Norhatini Abd Hamid menetapkan 8 Oktober ini bagi pengurusan kes saman itu selepas kes berkenaan disebut di hadapannya hari ini.

Pada 11 Disember tahun lepas, Zahnita menyaman Gulatis kerana menggunakan gambarnya di poster dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya.

Zahnita turut mendakwa beliau telah mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan syarikat tekstil Jakel Trading kerana perkara itu. Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 17 Ogos ini.

Gulatis dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson telah mengeluarkan perkataan fitnah dalam pernyataan tuntutannya itu.

Syarikat itu memberitahu, antara perkataan fitnah itu ialah bahawa Zahnita tahu gambar yang digunakan Gulatis itu bukan miliknya (Zahnita) dan dia bersetuju supaya gambar itu digunakan oleh Gulatis dengan bayaran RM5,000.

Gulatis berkata, selepas saman berjumlah RM2 juta itu difailkan oleh Zahnita, gambarnya (Zahnita) masih lagi digunakan oleh Jakel.

Gulatis berkata, kenyataan fitnah itu telah diterbitkan di akhbar-akhbar tempatan pada keesokan harinya dan melalui televisyen pada hari yang sama.

Syarikat itu mendakwa perkataan itu membawa maksud antaranya syarikat itu penipu, tidak amanah, mengeksploitasi dirinya dan lanun cetak rompak.

Akibat itu, jualan barangan syarikat itu telah merosot malah pelanggan borong mula menangguhkan bayaran kepada syarikat itu. – Bernama

Read more »

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive