
Namun, sebagai seorang kakak, Yuni juga tidak boleh berdiam diri. Kekasih kepada Raffi Ahmad ini juga meminta maaf kepada masyarakat di atas keterlanjuran adiknya itu.
Menurut Yuni, KD harus segera meminta maaf secara terbuka atas perilakunya di hadapan khalayak.
"Saya minta selepas kejadian ini, dia menjaga sikapnya kerana anak-anaknya juga sudah dewasa dan boleh mengerti perkara itu," katanya.

Yuni juga berpesan kepada adiknya bahawa dia sudah dewasa dan harus menanggung risikonya dengan perbuatannya.
Setelah kejadian tersebut, Yuni berharap peristiwa itu tidak akan menganggu jiwa anak-anak pasangan KD dan Anang Hermansyah itu sehingga mengganggu persekolahan mereka.
- mStar