Content

PERKATAAN "FUCK" TIDAK DITAPIS UNTUK FILEM "THE EXPENDALBLES"

Tuesday, August 24, 2010
PETALING JAYA: Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) tidak memotong beberapa dialog yang menggunakan perkataan “F***” dalam filem The Expendables kerana ia bukan menjurus kepada dialog t untuk mencarut.

Naib Presiden LPFM, Datuk Jamel Ariffin berkata, perkataan “F***” yang digunakan untuk beberapa dialog dalam filem berkenaan hanya merujuk kepada maksud maki hamun untuk sebuah adegan pertarungan.“Ia bukan merujuk kepada makna yang satu lagi iaitu mencarut. Kita seharusnya faham kata-kata itu keluar bersesuaian dengan adegan yang ditampilkan dalam filem tersebut,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas komen seorang pembaca dalam akhbar The Star, Selasa, yang melahirkan rasa kesal terhadap agensi penapisan filem itu kerana tidak memotong adegan berkenaan.

Pembaca yang menggunakan nama “Concerned Parent” itu berkata, perkataan “F***” tidak boleh digunakan walau dalam apa cara sekalipun kerana kebanyakan penonton filem tersebut adalah golongan remaja.

The Expendables adalah sebuah filem aksi lakonan Jet Li, Dolph Lundgren dan Sylvester Stallone yang ketika ini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Filem itu diklasifikasikan sebagai 18+ iaitu sebuah filem aksi untuk tontonan golongan dewasa.

Jamel berkata, banyak perkataan “F***” terdapat dalam filem berkenaan tetapi telah ditapis oleh panel penapisan sebaliknya hanya beberapa ayat sahaja dibenarkan untuk siaran kerana ia dilihat tidak menjurus kepada makna mencarut.

Bagaimanapun untuk siaran di televisyen, filem ini akan ditapis secara halus dan semua perkataan yang ada kata-kata tersebut akan dipotong.

“Kita kena sesuaikan dengan keadaan sebelum membuat pemotongan berbanding prosedur enam atau tujuh tahun lalu. Kalau untuk siaran televisyen memang ayat itu akan dipotong habis tetapi untuk siaran di panggung ia masih dibolehkan bersesuaian dengan klasifikasinya iaitu 18+,” katanya.

My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive