Content

FAZLEY SERAH ISU KEPADA PEGUAM

Saturday, November 13, 2010
Pasrah dengan apa yang telah berlaku penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini, Fazley Yaacob mengharapkan masyarakat tidak akan terusmenjatuhkan hukuman terhadap dirinya terlebih dahulu.

Menganggap apa yang berlaku sebagai satu ujian dari Ilahi, Fazley nyata telah menyerahkan kes kepada pihak peguam untuk menyelesaikannya.

"Saya tak risau persepsi masyarakat kerana saya berpegang pada kebenaran. Saya sendiri sebenarnya dah dua tahun tak guna gelaran tersebut.

Mungkin ramai yang tak perasan mengenainya tapi atas nasihat yang diambil maka saya tak guna gelaran Dr. itu lagi kerana saya sendiri meragui tempat saya perolehinya," katanya ketika dihubungi murai.com.my bagi menjelaskan isu berkenaan memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dan sarjana palsu seperti yang dilaporkan oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Dalam laporan tersebut turut menjelaskan berikutan isu tersebut Universiti of Wales di United Kingdom turut menggantung hubungannya dengan Fazley International Kolej (FIC) selepas meragui kelayakkan akademi yang diperolehi daripada penyanyi tersebut.

Berikutan kejadian tersebut, Fazley mengambil keputusan meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif kolej berkenaan.

Tidak lelah dengan apa yang berlaku, anak kelahiran Negeri Sembilan ini bersyukur akibat daripada kejadian ini masyarakat di luar sana berpeluang mendapat tahu kisah benar di sebaliknya.

"Saya tak kecewa sebab bagi saya apabila dah berlaku perkara ini semua orang dapat tahu cerita tersebut. Sebelum ini semua orang tak tahu mengenainya dan apabila dah tersebar dengan sendirinya mereka dapat tahu kerana seperti yang saya katakan sebelum ini saya sendiri dah dua tahun meraguinya," katanya.

Enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana bagi Fazley segalanya telah pun diserahkan kepada pihak peguamnya dan akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan segala persoalan.

"Saya tak boleh mengulas lanjut mengenai kelayakan akademi saya kerana semua sudah menjadi kes peguam. Tapi, saya janji akan membuat sidang akhbar selepas keadaan pulih kelak," ucapnya tenang.

Murai.com



My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive